Umum mengetahui, rancangan hiburan ‘Famili Duo’ kini kembali untuk musim kedua. Bersiaran secara langsung dari Plaza Alam Sentral, Shah Alam, program ini menampilkan 7 pasangan yang terdiri daripada adik beradik dan sepupu.
Dalam episod semalam, pasangan adik beradik, Siti Sairah dan Siti Saida mencuri tumpuan netizen. Meskipun menerima komen yang agak ‘pedas’ daripada Ajai, kedua-dua mereka kelihatan positif dalam pertandingan tersebut.
Peluang pamerkan bakat
Menurut Saida, dia menganggap pentas Famili Duo adalah peluang baginya untuk mempamerkan bakat kepada penonton biarpun sudah memasuki industri sejak tahun 2008. Tambah Sairah pula, dia berasa teruja untuk bertanding pada musim ini kerana dapat bergandingan dengan kakaknya.
Perasaan itu bercampur tetapi bila bergandingan dengan adik sendiri, saya rasa bersemangat nak memberikan untuk bidang seni ini. Semua orang tahu yang kita boleh menyanyi, mungkin pentas Famili Duo adalah peluang buat kami berdua untuk menunjukkan bakat yang ada.
Lagi seronok dan lebih teruja kerana perasaan seronok itu tak boleh saya gambarkan sebab pasti ramai yang tertunggu-tunggu dengan gabungan kami berdua. Kami tak sabar nak pertontonkan persembahan kami untuk penonton di luar sana biarpun kami tahu tanggungjawab ini berat. Kami tahu kelemahan kami.
Ujar Sairah dan Saida lagi, perjalanan seni mereka kini agak perlahan namun dengan adanya program sebegini mereka kembali bersemangat untuk menghiburkan penonton.
Biarpun karier kami agak perlahan, tapi kali ini kami mahu menunjukkan pada semua yang kami mempunyai bakat yang akan kami tonjolkan. Saya jarang buat persembahan, tapi bila terima tawaran ini saya ragu-ragu juga, tapi sebenaranya Famili Duo ini dia kembalikan semula semangat untuk berkarya. Sekarang adalah masanya. Ia macam mimpi bila digandingkan dengan adik, ramai yang beri sokongan kepada kami.
Tiga lagu medley untuk konsert pertama
Berbicara lebih lanjut, Sairah dan kakaknya meluahkan rasa teruja apabila seluruh ahli keluarga memberikan sokongan. Jelas Sairah, abangnya merupakan orang yang penting dalam memberikan idea bagi setiap persembahan mereka.
Kali ini, saya berasa senang hati kerana Mak memberikan sokongan penuh kepada kami. Kali ini kami mahu tunjukkan pada keluarga yang kami dah boleh buat. Dalam kami punya latihan, Abang juga terbabit, Abang Ayie ada bagi tips dan idea dalam setiap persembahan, jadi seronok sebenarnya bila satu keluarga bergabung. Mak juga bagi idea, Kak Siti juga beri sokongan, adik beradik lain juga sama, rupa-rupanya orang sekeliling kami tahu apa yang kami perlukan.
Semalam, Sairah dan Saida telah menyampaikan tiga buah lagu iaitu Teman Tapi Mesra, Pudar dan Pupus. Menurut Ajai, persembahan mereka seperti ‘makcik – makcik’. Ajai berkata, dia mahu sesuatu yang baharu daripada pasangan adik dan kakak ini. Susulan daripada itu, pasangan ini menduduki tangga dua terbawah bersama Zaki Yamani dan Yamani Abdillah. Konsert minggu pertama menyaksikan Bella Astillah dan Wani Kayrie merangkul gelaran juara mingguan.
https://www.youtube.com/watch?v=258JOZ20YKI