Penampilan istimewa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli di set Meletop telah tarik ramai perhatian. Tidak dinafikan ramai penonton dan pengacara Nabil Ahmad serta Jihan Muse sudah pastinya teruja juga.
Menerusi program tersebut, Datuk Dr Haji Zulkifli berkongsi pesanan dan ingatan berguna buat seluruh umat Islam menjelang sambutan Awal Muharram terutamanya mengenai penghijrahan.
Tetamu istimewa Dr Hj Zulkifli
Buat pengetahuan umum, Datuk Dr Haji Zulkifli baru sahaja dilantik sebagai anggota Majlis Hukama’ Al-Muslimim di bawah persatuan Muslim Council of Elders.
Sempat pengacara menanyakan soalan berkenaan situasi bagaimana keadaan sekiranya berkemampuan seseorang itu tetapi tidak menunaikan umrah? Ini jawapan Dr Haji Zulkifli…
Kalau ada rezeki, bagi untuk kita buat umrah juga walaupun yang wajibnya haji. Kalau ada baiknya kita pergi. Haji dan umrah dapat membasmi kekafiran dan dosa-dosanya.
Kalimah hijrah itu bukan berpindah jasad ke Kota Mekah ke Kota Madinah saja. Bagaimana cara dalam hidup kita, kita nak cari reda Allah. Kalau kita cari reda, apa yang Allah perintah, maka, Allah cukupkan segala pada kita. Sebenarnya, berhijrah dari segala kesilapan dan apa saja yang Allah larang. Jadi, dia keluar dan jadi orang soleh, baik maknanya hijrah.
Kita sentiasa mengulanginya
Selain itu, Dr Haji Zulkifli juga respon terhadap persoalan penghijrahan yang berkali-kali melibatkan individu yang mudah berputus asa untuk berubah.
Orang yang bertaubat dari salah silap itu, sama dengan orang yang tiada dosa. Dalam erti kata lain, kita berdosa, kita bertaubat. Jadi, kita sentiasa mengulanginya. Sebab, masa kita bertaubat itu kita menemui Tuhan dalam keadaan baik.
Janganlah, kita tak boleh berubah, ini namanya putus asa. Sebesar mana dosa kita, seteruk mana atau sesilap mana tapi Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Jangan putus asa untuk berhijrah
https://www.instagram.com/p/CECKDieJK1E/
Dr Haji Zulkifli sempat meninggalkan pesanan di ruang Instagram rasminya. Beliau berpesan untuk kita sebagai umat Islam jangan mudah putus asa untuk berhijrah dan bertaubat walaupun berkali-kali.
Tenang je tengok
Rata-rata penonton juga mengemari perbualan topik yang ditampilkan bersama Dr Haji Zulkifli.
Sumber: Meletop, Dr Haji Zulkifli