Ramai ibu-bapa (lebih-lebih lagi ibu-bapa yang muda..huhu) rasa ragu-ragu untuk bawa anak kecil mereka untuk travel jauh, lagi-lagi kalau melibatkan perjalanan kapal terbang melebihi 2-3 jam.
Yelahkan, tantrum si manja tu bukannya tentu. Kalau ada mood dia, dia boleh steady je. Kalau tak kena mood, boleh pening kepala.
Sebab tu lah sangat penting persediaan yang rapi sebelum nak memulakan perjalanan. So, admin nak share dengan korang semua tips yang bakal membantu untuk korang ‘terbang’ bersama si manja kesayangan. Fokus admin harini adalah untuk travel ke Sydney. Ha…tempoh penerbangan lebih kurang 8 jam tu.
Apa yang menarik kat Sydney?
Macam kami cakap tadi, yang paling penting adalah perancangan yang mantap. So, sudah tentu korang kena survey dulu apa yang jadi tarikan utama di Sydney ni. Nah, kami ada listkan di bawah ni.
Enjoy percikan bunga api sempena Tahun Baru di Sydney Harbour
Sertai ekspedisi dengan penguin comel di SEA LIFE Sydney Aquarium
Bermain dengan koala yang manja di Featherdale Wildlife Park atau Symbio Wildlife Park
Luna Park Sydney (kredit foto: Destination NSW)
Alami keseronokan permainan di Luna Park Sydney dengan pemandangan pelabuhan yang menakjubkan
Taronga Zoo merupakan salah satu zoo di Australia yang memiliki pemandangan indah Sydney Harbour
Nah, ini tips untuk bawa si manja ke Sydney! Mudah & praktikal!
Bila dah survey tempat-tempat menarik kat Sydney, ibu-bapa harus pastikan yang korang ikuti tips yang kami share ni. Barulah perjalanan ‘smoooottthh’ gitu.
1.Sediakan mental dan fizikal anak-anak. Maksudnya, beberapa hari sebelum fly tu, korang ceritalah kat mereka yang nak pergi Sydney, apa yang best dan nasihatkan mereka supaya sentiasa behave!
2. Makanan dan snek yang cukup. Biasalah, bila banyak berjalan, sudah tentu banyak tenaga yang diperlukan, jadi pastikan makanan dan snek sentiasa ada.
3. Bawa stroller dan baby carrier yang sesuai. Stamina si manja tak sama dengan orang dewasa, jadi pastikan jangan lupa bawa stroller dan baby carrier. Takdelah mereka meragam kepenatan nanti.
4. Jangan lupa bawa bekalan ubat! Ini termasuklah losyen, lip balm, sunblock.. Oh ya, pakaian dan lampin pun biar mencukupi. Al-maklumlah, si manja kan mudah comot!
5. Imigresen di Australia agak strict. So, kami nasihatkan anda asingkan bahan makanan dalam satu bag dan silalah declare sejujurnya. Makanan yang dilarang jangan bawa ya. Boleh semak di sini!
6. Bagi ibu-bapa yang bawa bayi, korang boleh susukan bayi semasa nak berlepas untuk elakkan telinga si manja berdesing. Untuk kanak-kanak pula, boleh bagi mereka kunyah gula-gula ke, minum air ke. Oh.. Jangan lupa juga bawa toys kegemaran mereka supaya taklah mereka boring sangat.
7. Cari hotel atau tempat tinggal yang kids friendly. Keselesaan anak ketika travel adalah amat perlu dititikberatkan. So, carilah hotel yang mampu memberi keselesaan kepada mereka semasa berehat di waktu malam.
8. Oh ya, yang paling penting pilih untuk terbang bersama syarikat penerbangan yang selesa seperti Malaysia Airlines. Bila selesa, penerbangan yang lama pun tak terasa lelah! Malah, Malaysia Airlines juga menawarkan harga yang amat berpatutan dengan servis yang lengkap! Pasti tak menyesal!
Macamana? Mudah kan tips ini. So, apalagi.. Dah boleh start rancang perjalanan bersama keluarga awesome korang. Pasti tak rugi untuk ‘terbang’ ke Sydney bagi meluangkan masa berkualiti dengan keluarga tercinta!