
Pelakon Fattah Amin memaklumkan bahawa dia dan isterinya, Amira Othman, masih belum bersedia untuk berkongsi sebarang berita gembira buat masa ini susulan spekulasi yang mendakwa mereka sedang menantikan kehadiran cahaya mata.
Artikel Berkaitan: Permohonan Fattah Ditolak Mahkamah, Fazura Tidak Langgar Hak Lawatan Fatima
Artikel Berkaitan: Amira Othman Raya Sebelah Fattah Amin, Teruja Nak Jumpa Keluarga Besar – ‘Segalanya Dibincang Dengan Baik, Tiada Perbalahan’
Belum bersedia
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama sebenar Fattah Amin menegaskan bahawa perkara tersebut akan diumumkan apabila tiba waktu yang sesuai.
Katanya lagi, tiada apa yang ingin disorokkan kerana jika ia sesuatu yang baik, mereka tidak teragak-agak untuk berkongsi dengan umum.
Seperti yang kami katakan sebelum ini, InsyaAllah masa itu akan sampai.
Sama ada cepat atau lambat, masa itu akan tiba apabila kami sudah bersedia untuk berkongsi.
Buat masa ini, belum lagi, harap semua bersabar.
Jangan risau, perkara baik kami tidak akan sorok.
Jika ada berita gembira, kami akan sampaikan.
Kami juga berharap peminat dan rakan media mendoakan yang baik-baik supaya segala urusan dipermudahkan,
Fattah berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Seri Syawal Usanita yang berlangsung di Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Khamis.
Lumrah anak seni
Dalam pada itu, aktor drama ‘Playboy Itu Suami Aku’, meluahkan rasa syukur apabila ada yang melihat dirinya kini tampak lebih berseri-seri sejak bergelar suami kepada penyanyi, Amira Othman.
Alhamdulillah jika dilihat dari segi fizikal, saya nampak lebih sihat.
Jika perkara baik diperkatakan oleh peminat, kami ucapkan terima kasih.
Teruskan mendoakan dan berkata yang baik-baik kepada kami,
Sementara itu, Amira turut mengakui bahawa spekulasi berkaitan kehidupan peribadinya merupakan lumrah sebagai anak seni.
Perkara ini saya sudah banyak kali kongsikan.
Sebelum berkahwin, orang bertanya bila hendak kahwin.
Selepas berkahwin, orang menantikan berita seterusnya.
Spekulasi seperti ini adalah perkara biasa bagi kami sebagai anak seni.
Jika ada berita baik, saya pasti akan berkongsi.
Jika saya memilih untuk tidak mengulas, bermakna kami sudah memikirkan waktu yang sesuai.
Untuk rekod, Fattah dan Amira selamat mendirikan rumah tangga pada 14 September tahun lalu.