Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak mereka hidup dalam kesengsaraan dan kesakitan lebih-lebih lagi anak itu masih di usia yang terlalu kecil. Namun kasih seorang ibu, mereka pastinya sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan anak yang dahulunya dikandung lebih 9 bulan dapat hidup sihat seperti insan lain.
Perkongsian pengguna Facebook Qaseh Aisy ini pastinya akan menyentuh hati mana-mana insan apabila anak kecilnya kini hanya mampu terlantar dan bergantung pada bantuan mesin tidak seperti kehidupan kanak-kanak yang lain.
Maafkan mama
Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan Harith dengan usaha mama sendiri. Tapi maafkan mama, tak kesemua mesin harith harganya ratus-ratus.
Sunction mesin 8 biji dah meletup, mesin infusion pump dah yang kedua. Semuanya harga ribu-ribu. Siapa cakap semuanya mudah untuk mama telan seorang. Tapi mana masih tak mampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk Harith.
Jangan risau sayang
Tak apa, jangan risau tau sayang. InsyaAllah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau. Mama akan usaha. Jangan tanya kenapa tak minta bantuan kerusi roda. Minta dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak.
Jangan ditanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kami memang tak layak. Hanya zakat sahaja kami dapat RM300 sebulan.
Yakin Allah pasti bantu
Mama jenis bukan suka meminta-minta untuk keperluan Harith. Selagi mama mampu usaha untuk anak-anak mana InsyaAllah mama yakin Allah pasti akan bantu.
Sekarang Harith duduk atas sofa dulu ye sayang. Nanti mama ada duit yang cukup untuk Harith mama akan belikan untuk Harith. Mama sayang Harith dunia akhirat mama, sayang mama tidak akan pernah habis untuk Harith.
Netizen simpati
Perkongsian wanita itu telah mengundang simpati rata-rata netizen yang membaca kisah tersebut.
Selain turut mendoakan kesihatan anak kecil bernama Harith itu, ramai daripada kalangan mereka juga turut menyalurkan bantuan kepada keluarga tersebut bagi membantu meringankan beban yang sedang ditanggung.
Sumber: Facebook Qaseh Aisy