Penyanyi, Baby Shima, mengakui bimbang apabila seorang peminat lelaki misteri tiba-tiba jadi terlalu obses dengannya sehingga sanggup ugut mahu membunuh diri dengan minum racun.

Artikel Berkaitan: Baby Shima Dedah DM Peminat Obses – ‘Sampai Hati Awak Curang’

Artikel Berkaitan: Baby Shima Terima Ugut*n B*nuh – ‘Jangan Pulang Melaya Dengan May*t Saja’

Peminat obses

Lebih menakutkan, lelaki itu bukan saja menghantar mesej ugutan, malah turut mengirim mesej berbaur lucah ke akaun Instagram Shima. 

Kata penyanyi itu, semua berpunca daripada rasa cemburu selepas menonton video muzik lagu terbaharunya berjudul Island Boi ciptaan Ezra Kong.

Saya akui ini bukan kali pertama menerima mesej pelik-pelik macam ni. Biasanya saya anggap semua itu hanya usikan atau gurauan peminat.

Namun, peminat kali ini agak merisaukan saya. Betul. Sebenarnya dia dah banyak kali mesej di Instagram (IG) saya, tapi apabila dia cakap mahu bunuh diri dan minum racun, saya jadi takut.

Bukan itu sahaja, caranya yang terlalu obses (mesej berbaur lucah) terhadap saya dan meluahkan perasaan sayangnya, saya berasakan dia seorang yang gila seks dan psiko. 

Saya tak tahu apa yang dia bayangkan apabila tengok saya dalam MV Island Boi sampai terlalu obses. Katanya dia dah lama minat saya sehingga rasa cemburu tengok saya bersama model-model lelaki dalam MV itu.

Takkanlah disebabkan rasa cemburu dia, saya kena ‘korbankan’ lagu ini. Bukan bajet kecil untuk MV ini. Lagi pun aksi manja saya hanya untuk MV, bukannya betul-betul pun. Hanya lakonan semata-mata.

Dalam masa sama, Shima turut terkilan apabila ada netizen yang menuding jari kepadanya kononnya aksi dalam video muzik itu yang mendorong lelaki berkenaan jadi gila seks.

Tuduhan berat tu. Bagi saya, seseorang jadi gila seks bukanlah terjadi dalam waktu yang singkat. Ramai juga lelaki lain yang tonton MV itu, tetapi tak ada pun yang terlalu obses. Mereka relaks saja.

Sex Maniac

Sementara itu, doktor dan penceramah kesihatan, Dr Afif Mohd Ridzwan menjelaskan isu ketagihan seks atau ‘sex maniac’ memang wujud dalam kalangan masyarakat dan itu termasuk dalam kategori penyakit mental jika tidak dikawal.

Dari sudut pandangan saya sebagai seorang doktor, jangan salahkan Baby Shima jika ada lelaki gila seks ‘serang’ dia. Lelaki seperti ini boleh ‘serang’ sesiapa sahaja tak kira artis atau bukan.

Ini kerana sifat ketagihan terhadap seks dalam diri seseorang itu berlaku bukan dalam masa yang singkat dan banyak faktor lain yang menjadi punca.

Tambah Dr Afif, antara punca yang boleh mencetuskan ketagihan seks termasuklah pendedahan melampau terhadap bahan lucah, masalah emosi, genetik, tekanan sosial serta persekitaran.

Jika seseorang itu mengalami ketagihan seks, adalah penting untuk mencari bantuan profesional dari pakar psikologi atau kaunselor.

Selain itu, latih diri dengan aktiviti sihat seperti berenang, hiking, sertai program kebajikan dan pelbagai lagi.

Paling penting, untuk orang Islam dekatkan diri dengan Allah, rajin solat, membaca al-Quran, berzikir dan dengar ceramah agama.