berita

‘Jangan Saman Pemilik Motosikal Saja, Saman Penjual Aksesori Sekali’ – Artis Lantang Suarakan Pendapat Demi Ysuku

September 10th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Baru-baru ini, pihak polis telah memberi amaran kepada semua pemilik motosikal jenis Yamaha Y15ZR atau lebih dikenali sebagai Ysuku untuk berhenti mengubahsuai motor tersebut kerana ia menyalahi undang-undang. Amaran berkenaan turut diberikan kepada selebriti yang mempunyai motor jenis itu dan kerap mengubahsuai motor mereka.

Terkesan dengan perkara itu, beberapa artis seperti yang dilaporkan Harian Metro meluahkan rasa terkilan dan memberikan pandangan mereka tentang perkara tersebut.

Saman penjual aksesori sekali

Salah seorang daripada artis yang kerap mengubahsuai motosikal jenis Ysuku adalah Achey Bochey. Mengakui kerap melakukan pengubahsuaian terhadap motornya, dia berkata selain daripada mengambil tindakan terhadap pemilik motosikal, saman juga perlu dikeluarkan terhadap penjual aksesori.

Saya akur arahan pihak berkuasa tetapi sekiranya motosikal ini disita, saya tidak bersetuju. Jika mahu melarang pengubahsuaian, perlu tahu ia bermula di kedai aksesori.

Jika mahu menyaman pemilik motosikal, saman juga penjual aksesori. Sama seperti kes dadah, tindakan bukan saja pada penagih tetapi pengedar.

Penjualan aksesori punca pendapatan

Namun katanya, larangan tersebut sebenarnya akan menyebabkan kerugian memandangkan terdapat peniaga aksesori dari kalangan masyarakat Melayu dan Bumiputera.

Biarpun meminati ubahsuai Ysuku, kami patuh undang-undang. Cuma ingin ditegaskan penjualan aksesori punca pendapatan malah penunggang motosikal yang berkonvoi menghasilkan perolehan buat pengusaha kedai makan.

Bagaimanapun tegasnya, dia sendiri mengakui tidak bersetuju dengan tindakan sesetengah individu yang bertindak mengubahsuai motor mereka dengan keterlaluan seperti menimbulkan bunyi yang tidak senang dan bertujuan untuk aktiviti lumba haram.

Ubahsuai ini, jika pembawakan positif maka positif lah jadinya. Bagi saya, pengubahsuaian lebih terarah keselamatan kerana motosikal berkelajuan lebih 120 kilometer/sejam, jika diubahsuai lebih stabil berbanding dikeluarkan daripada kilang.

Sekadar minat

Sementara itu, pelawak dan juga pelakon, Zizan Razak berpendapat bahawa penguatkuasaan serta pemerhatian ke atas perkara itu tidak seharusnya tertumpu kepada motor jenis Ysuku sahaja.

Katanya, bagi golongan artis mereka hanya mengubahsuai kerana minat sahaja dan bukannya untuk perkara lain.

Bagi artis, ubahsuai ini hanya untuk minat sahaja kerana kami suka motosikal cantik. Bagi saya meminati motosikal sejak di zaman sekolah tetapi pada masa itu tidak mampu, sekarang dah mampu saya buat apa diminati.

Selain Achey dan Zizan, antara artis lain yang gemar mengubahsuai motor Ysuku adalah Shuib Sepahtu, Ajak Shiro dan ahli perniagaan, Datuk Aliff Shukri.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×