berita

‘Jangan Sampai Rakyat Johor Desak Keluar Malaysia’ – Sultan Johor Beri Amaran, Jangan Anak Tirikan Johor

June 16th, 2022 | by Hariz
Kini Trending

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluahkan rasa kecewa baginda terhadap Kerajaan Persekutuan yang seakan-akan menganaktirikan negeri Johor.

Titahnya, baginda kesal akan tindakan tersebut kerana Johor merupakan penyumbang utama ekonomi negara.

Johor sumbang 13 bilion setahun

Tambak Johor (Foto: CNA)

Baginda menggesa Kerajaan Persekutuan untuk memberi lebih banyak peruntukan kepada Johor berikutan hampir RM13 bilion hasil setiap tahun yang dikutip Kerajaan Persekutuan berpunca dari negeri itu.

Menurut baginda, sejak 2013 hingga 2018, Johor menduduki tempat pertama jumlah pelaburan di Malaysia berikutan keadaan politik stabil pada ketika itu yang telah membawa banyak pelaburan ke Iskandar Malaysia dan Pengerang.

Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktirikan, walhal Johor adalah antara penyumbang utama ekonomi negara.

Saya menyeru kerajaan Persekutuan segera tunaikan janji untuk menaiktaraf Lebuh Raya Utara Selatan kepada enam lorong dan Lebuh Raya Senai-Desaru menjadi empat lorong sepenuhnya.

Lihatlah juga keadaan jalan-jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.

Baginda Tuanku Sultan, bertitah menzahirkan perasaan sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik.

Saya merasa amat sedih dengan keadaan bangunan Persekutuan yang tidak diselenggara dengan baik seperti Hospital Sultanah Aminah (HSA), Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Titah DYMM Sultan Johor, kemudahan Pusat Transformasi Bandar (UTC) juga perlu ditingkatkan dengan sistem penyampaian lebih cekap serta keadaan yang selesa.

Johor lebih maju jika berdiri atas kaki sendiri

Dalam pada itu, dalam titah ucapannya, DYMM Sultan Johor turut menyatakan bahawa kemungkinan Johor akan lebih maju jika berdiri di atas kaki sendiri.

Jangan sampai rakyat Johor mendesak untuk keluar dari Malaysia

Tuanku Sultan Ibrahim turut menzahirkan kekecewaan dengan keputusan Kerajaan Persekutuan pada tahun 2018 untuk membatalkan permohonan rayuan tuntutan Batu Puteh.

Semua pihak mesti ingat tentang kuasa-kuasa negeri yang termaktub di dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan 1957.

Jangan buat keputusan sesuka hati.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

SKIP THIS AD ×