berita

‘Jangan Sampai Termakan Sumpah Sendiri’ – Bekas Kekasih Tuntut Naim Daniel Jujur

February 19th, 2020 | by faris
Kini Trending

Kemelut mengenai pencipta sebenar lagu yang merangkul Anugerah Juaral Lagu 34 (AJL34), Sumpah nyanyian Naim Daniel, pernah melanda tahun lalu. Namun selepas beberapa hari dinobat juara AJL34, bekas kekasih Naim, Dayana tampil mempersoalkan status pemilikan lagu tersebut yang didakwa hasil ciptaan mereka bersama.

Diberi masa seminggu

Setelah diangkat juara pada 9 Februari lalu, pihak Dayana menerusi peguamnya, Datuk Ahmad Zaharil Muhayar memberi masa seminggu kepada Naim untuk menyelesaikan pertikaian terbabit. Menurut Ahmad Zaharil, penyanyi itu perlu berbuat demikian atau berdepan risiko menghadapi tindakan undang-undang oleh pihak Dayana.

Kita ada bukti dan pengakuan, fakta, video tular dan lain-lain di mana cukup untuk kita teruskan saman sivil tapi kami, bagi dia peluang berfikir secara logik, jangan sampai termakan sumpah dia sendiri. Dia yang berjanji, jangan sampai makan sumpah.

Dalam tempoh satu minggu Naim kena jelaskan (keadaan sebenar) dan bertindak sewajarnya dan betul, buat apa patut.

Bukan soal duit

Perkara itu dimaklumkan oleh Ahmad Zaharil dalam satu sidang media yang turut dihadiri Dayana, ibunya, Aida Daud dan komposer lagu, Sheikh Qalam dan Presiden Konsortium Rakaman Muzik Malaysia, Ayob Abd. Majid.

Dalam pada itu, Dayana menjelaskan soal duit bukanlah isu utama sidang media itu, namun hanya mengharapkan kejujuran daripada pihak Naim. Bagaimanapun, apabila didaftarkan, secara langsung royalti akan diterima pihaknya.

Kita nak Naim jujur. Ya betul memang saya tak nak duit, tapi kejujuran (lebih penting), tapi kalau daftar lagu itu secara automatik akan dapat duit royalti. Kita tak mahu perkara ini berlanjutan. Tiada hati nak bawa kes ini ke mahkamah.

Sumber: Malaysia Gazette

SKIP THIS AD ×