Baju kurung merupakan busana yang sering digayakan oleh para wanita di Malaysia sejak dari zaman dahulu lagi. Daripada kanak-kanak sehinggalah dewasa, busana ini ternyata menjadi pilihan kesemua bangsa tidak kira Melayu, Cina mahupun India terutama ketika urusan rasmi negara.
Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengasas jenama Nala Designs, Lisette Scheers ini dikecam hebat oleh para netizen apabila Scheers mendakwa bahawa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sudah dilupakan.
Didakwa merendahkan rakyat Malaysia
Terdahulu, menerusi laporan South China Morning Post, Scheers berkata bahawa beliau mengimpikan untuk melihat busana baju kurung dipakai semula oleh orang Melayu. Scheers yang difahamkan telah membesar di Malaysia berkata negara ini mempunyai pelbagai fabrik yang cantik dan berwarna-warni. Oleh itu, beliau sedang berusaha untuk mengekalkan warisan negara ini dari ditelan zaman.
Kenyataan Scheers menerusi portal tersebut didakwa telah merendahkan rakyat Malaysia, khususnya bangsa Melayu.Rata-rata netizen yang membaca artikel tersebut berasa kecewa dan marah dengan setiap ayat yang diperkatakan itu. Ekoran daripada dakwaan Scheers, netizen termasuk pelakon, Catriona Ross tampil berkongsi gambar mereka mengenakan busana tersebut.
Macam kita hilang identiti
I ni anak mat saleh, pakai saja baju kurung. Takyah tunggu Raya. Kawan-kawan rapat i tau i love kurungs. Pergi outings pun pakai kurungs. Tapi bila ada Mat Saleh lain cakap orang Malaysia ni tak treasure heritage kita, macam kita hilang identiti, i panas hati la. Kakak, jangan sebab nak berbisnes semata, you lancang bersuara, fakta you tak kena. Celikkan mata, jangan sekadar angkuh berkata-kata. Kemudian,bila kena corner, ehhh kata kita pulak silap faham dengan maksud dia. If ada orang Melayu kat sini yang malu berbaju kurung sebab rasa “outdated” , sila wake up ye sebab ada orang cakap kita takde heritage okay.
Menurut Catriona, dia sangat suka memakai baju kurung dan akan memakainya bukan sahaja pada Hari Raya. Jelasnya lagi, dia berasa ‘panas’ apabila ada individu mendakwa negara tidak memelihara harta warisan dengan baik. Susulan daripada itu, Catriona berharap semua masyarakat Malaysia bangun dan jangan malu untuk memakai baju kurung.
Mohon maaf
I’d like to apologise for the misunderstanding and for giving the wrong impression. I have always considered Malaysia as my home and I love this country like no other. Malaysia to me, is a source of inspiration and what makes it special are its people and I’m learning everyday.
Berikutan kecaman yang diterima, pereka fesyen tersebut tampil memohon maaf di akaun Instagramnya. Scheers memohon maaf di atas salah faham yang timbul. Jelasnya, dia menganggap Malaysia sebagai rumah buat dirinya dan dia sangat menyayangi negara ini. Ujarnya lagi, Malaysia merupakan sumber inspirasi dan rakyat Malaysia yang membuatkan negara ini istimewa. Scheers turut memberitahu bahawa dia masih lagi mencuba untuk belajar tentangnya.
Selain Catriona, Hanny Madu dan Jeslina Hashim antara artis yang meninggalkan komen di ruangan Instagram Scheers semasa isu ini hangat diperkatakan di media sosial.
Sumber: South China Morning Post, Scheers & Catriona Brian Ross