Perkongsian di Instagram Story milik pempengaruh Marissa Dania mencuri perhatian apabila dia memuat naik kata-kata sindiran kepada individu yang membencinya atau ‘haters’.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Harga ‘Handbag’ Marissa Dania Lebih RM30k? – ‘You Have Very Good Taste’
Artikel Berkaitan: Marissa Dania Selar Netizen Tegur Salah Guna Perkataan Bahasa Inggeris – ‘Mind Your Own Life’
‘Haters’
Perkongsian itu menyatakan, tidak wajar untuk menyekat semua ‘haters’ yang berkampung di media sosialnya.
Hal ini kerana, beberapa individu yang tidak disekat boleh menjadi pemerhati untuk menyampaikan sesuatu perkara kepada pihak lain.
Jangan sekat semua orang benci awak (your haters), biarkan satu atau dua. Jadi mereka boleh menyampaikan semula kepada pihak atas yang lain (headquaters).
Bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik dalam bahasa Inggeris itu tidak diperincikan ditujukan kepada siapa.
Sejak nama anak kepada pelakon Abby Abadi itu terpalit dengan isu poligami, segala hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya pasti menjadi perhatian.
Tidak kisah apa sahaja yang dikongsikan baik berkaitan kehidupan peribadi mahupun tugasan kerja.
Untuk info, Marissa mendirikan rumah tangga dengan seorang jejaka bernama Ahmad Aslam sebagai isteri kedua.
Mereka dilaporkan bernikah secara senyap di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga masing-masing sekali gus mengejutkan ramai pihak.
Sumber: Instagram