Isteri penyanyi Aizat Amdan, Elyssa Alia Ilias akui tidak kisah dikritik, namun menolak apa-apa jenis kritikan berkait dengan ejekan tubuh yang menyentuh nama ibu bapanya.
Artikel Berkaitan: Aizat Amdan Sah Bergelar Suami, Pilih Mexico Destinasi Bulan Madu
Berlapang dada terima teguran
Bercakap kepada Kosmo!, Elyssa, 34 tahun berkata, dia berlapang dada dengan teguran yang diterima, namun ingin mengingatkan orang ramai agar tidak bersikap kejam berbuat andaian melampau.
Saya tak kisah orang tegur pasal perangai atau rupa saya tapi jangan sentuh tentang tubuh badan saya.
Bagi saya, anda tak patut menghakimi seseorang berdasarkan apa yang mereka pakai namun, saya tak kisah andai dihakimi disebabkan perangai.
Saya berharap sesiapa selepas ini, apabila jumpa Aizat, jangan tegur dia ‘eh kau dah berisilah’. Tiada siapa suka dengan perkara begitu.
‘Jangan sentuh keluarga saya’
Bukan itu sahaja, Elyssa juga berkata, sekiranya khalayak tidak menyukai apa yang digayakannya dalam media sosial, usahlah terlalu melulu mengkritik.
Kononnya, bapa tak ajar saya sembahyang sebab saya cakap Aizat jadi imam tapi, orang tak tahu betul-betul apa saya maksudkan dengan semua itu.
Saya okey tapi ibu bapa saya tak okey. Pantang betul, orang kacau keluarga saya. Nak cakap saya bodoh ke bangang, saya tak kisah tapi tolong jangan sentuh keluarga atau tubuh saya.
Saya tahu cara berpakaian saya sekarang tak elok. Tak cukup kain orang cakap. Saya mengaku tapi sedang mencuba untuk jadi yang lebih baik.
Elyssa menegaskan, apa yang penting adalah sifat dalaman seseorang berbanding luaran yang sering meraih perhatian khalayak.
Sumber: Kosmo!