berita

‘Jangan Sibuk Campuri Urusan Negeri Ini’ – Isu MB Letak Jawatan, Ini Kenyataan Sultan Johor

April 10th, 2019 | by Ai
Kini Trending

Susulan perletakan jawatan Menteri Besar Johor, Osman Sapian semalam, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa, sultan tidak ada hak melantik MB yang baharu sebaliknya pihak kerajaan yang akan menentukan siapa calonnya.

Berikutan itu, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah memberi respon mengenai kenyataan tersebut.

Sultan tiada peranan

Melalui laporan Utusan, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bertegas bahawa sultan tiada peranan untuk menentukan Menteri Besar Johor yang baharu sebaliknya parti pemerintah yang berhak berbuat demikian.

Ini adalah hal politik, sultan tiada peranan. Peranannya ialah untuk parti yang memenangi pilihan raya menentukan siapa patut mengetuai.

Selain Tun M, Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menegaskan bahawa calon Menteri Besar Johor yang baharu adalah milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) seperti yang telah dipersetujui dalam Pakatan Harapan (PH).

Kita tidak mencalonkan, dalam hal ini kita sentiasa berbincang dan BERSATU lebih berhak.

Berikutan kenyataan tersebut, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar yang kini berada di luar negara telah mengeluarkan kenyataan amaran kepada pihak kerajaan.

‘Jangan sibuk mencampuri urusan..’

KENYATAAN DYMM SULTAN JOHOR

Saya kini berada di luar negara tetapi sentiasa mengikuti perkembangan dalam negara terutama Negeri Johor melalui laporan-laporan semua pihak.

Saya mahu pihak tertentu berhenti membuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha menjaga negara.

Berkenaan Johor, jangan sibuk mencampuri urusan negeri ini kerana negeri yang berdaulat ini masih mempunyai seorang Sultan.

Saya akan membuat keputusan yang terbaik demi rakyat saya apabila tiba masanya nanti.

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar
(10 April 2019)

Sumber: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Utusan & Harian Metro

SKIP THIS AD ×