Pelakon, Fathia Latiff mengakui kurang selesa apabila masih ada segelintir individu yang memintanya menurunkan berat badan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Menyesal Buat Botoks & Filler’ – Fathia Latiff

Jangan suruh kurus

Menerusi hantaran di Threads, Fathia, 38, berkata, meskipun mengakui dirinya tidak memiliki bentuk badan yang sempurna, dia tetap gembira dan selesa dengan penampilannya yang sekarang.

Tolonglah jangan cakap suruh saya kurus. Walaupun saya tidak mempunyai badan yang sempurna, saya gembira dengan diri sendiri.

Dalam hantaran sama, pelakon yang popular menerusi drama Riana Rose itu berpandangan bahawa memiliki tubuh badan yang sihat serta mengamalkan pemakanan seimbang adalah jauh lebih penting berbanding mengejar bentuk badan yang kurus.

Bagi saya, apa yang penting adalah tubuh badan yang sihat dan menjaga pemakanan dengan betul. Jangan normalisasikan tanggapan bahawa kurus itu cantik.

Meninjau ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pandangan Fathia dan menyifatkan definisi kecantikan adalah subjektif serta tidak seharusnya diukur berdasarkan saiz atau bentuk tubuh semata-mata.

Sumber: Threads