berita

‘Jangan Tabur Fitnah Pada Menantu sis’ – Sheila Rusly Nafi Elisya Sandha Dah Tinggal Sekali

April 19th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Baru-baru ini penerbit serta pelakon terkenal Sheila Rusly telah menjawab segala dakwaan dan spekulasi daripada netizen mengenai pelakon Elisya Sandha yang dikatakan sudah tinggal sebumbung bersama keluarganya.

‘Jangan fitnah, berdosa.’

Sheila Rusly telah menafikan dakwaan berkenaan sekeras-kerasnya dan dia memberitahu bahawa Elisya selalu berada di rumahnya adalah kerana untuk mengasah kemahiran memasak sebelum dia berkahwin dengan anaknya itu.

Ketika Sheila menyediakan juadah untuk berbuka puasa sambil membuat live di Instagramnya, terdapat netizen yang bertanya mengenai Elisya dah tinggal sebumbung ataupun tidak.

Belum kahwin dah duduk sini ke? Hello belum lagi tapi disebabkan dia ada di malam hari korang tabur fitnah kata dia duduk sini.

Jangan fitnah, berdosa. Dia masih ada mak bapak yang perlu dijaga, nama dan air muka, tak boleh conteng arang.

Kata Sheila lagi, dia mengatakan bahawa bakal menantunya itu tahu mengenai tatatertib dan daripada pergi melepak, lebih baik dia datang ke rumah untuk belajar masak.

Jangan tabur fitnah pada menantunya

Selain daripada itu, penerbit terkenal ini akui yang dia tidak akan membiarkan mereka berdua-duaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingin

Kedua-dua mereka ada di depan mata sis. Kalau kata mereka cuba untuk melakukan perkara yang tidak diingini, kaki sis sampai dulu.

Sheila Rusly juga berkata kepada netizen yang tidak peduli cantik ataupun tidak, jangan menabur fitnah pada menantunya itu kerana itu merupakan perkara yang tidak baik.

Sumber : sheilarusly_jspictures

SKIP THIS AD ×