berita

Jangan Terkejut Sebab Sekarang Aiskrim Malaysia Pun Orang Letak Cheese! Ini Resepinya

March 6th, 2019 | by Ai
MyResipi

aiskrim malaysia

Bila mengimbau zaman kecil dahulu, aiskrim Malaysia antara minuman yang wajib dibeli. Sebatang aiskrim memang tak cukup! Macam-macam perisa dijual dengan harga yang sangat murah serendah 50sen saja. Kini, aiskrim Malaysia masih lagi dijual dan didatangkan dengan pelbagai perisa yang lebih menarik dan sedap.

Seorang pengguna Facebook telah berkongsi resepi perisa aiskrim yang lain daripada yang lain iaitu menggunakan cheese. Menarik kan?

Bahan-bahan

aiskrim malaysia

Aiskrim Malaysia versi cheese

  • 1 tin susu cair
  • 1 tin susu pekat
  • 3 tin air
  • 4 atau 5 sudu gula (ikut tahap kemanisan)
  • 2 hingga 3 sudu tepung jagung
  • 50 gram tatura cream cheese
  • Secubit garam
  • Filling blueberry dan strawberry (masukkan filling dalam plastik aiskrim siap siap)

Cara-caranya

aiskrim malaysia

1. Masak semua bahan di atas kecuali cream cheese menggunakan api yang sederhana.

2. Apabila dah mengelegak, masukkan cheese. Tutup api.

3. Biarkan sehingga bancuhan menjadi suam, kemudian blendkan sampai cheese dah tak berketul. Sekiranya masih tak halus, tapis bancuhan tersebut.

4. Masukkan ke dalam plastik aiskrim yang dah ada filling di dalamnya. Ikat dan bekukan.

Sumber: Bintu Zain

SKIP THIS AD ×