berita

‘Jangan Terpengaruh Sertai Perhimpunan Itu’ – Anwar Ibrahim Sokong Dr Zakir Naik Tinggal Di Malaysia

August 24th, 2019 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sejak kebelakangan ini, isu mengenai gesaan kerajaan menghantar pulang penceramah bebas, Dr Zakir Naik ke India menjadi perdebatan ramai pihak. Bagaimanapun, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan Malaysia tetap tidak akan menghantar pulang Dr Zakir Naik walaupun kerajaan berdepan desakan dari ramai pihak.

Keputusan dan tindakan Perdana Menteri itu turut disokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengekalkan pendakwah bebas tinggal di Malaysia.

Dia agak provokatif

Menerusi laporan BH Online, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan keputusannya itu adalah bukan menandakan ketaksuban terhadap penceramah itu. Pendapatnya itu dibuat adalah mengikut jalur hukum dan pertimbangan kemanusiaan serta bukan berasaskan sentimen pihak tertentu.

Kalau kita lihat kenyataan beliau, dia konsisten begitu, dia agak provokatif dan dalam wacana antara agama mungkin agak menyinggung. Tetapi saya tidak fikir beliau sengaja nak menghina atau pertikai kedudukan orang Cina atau India.

Presiden PKR itu bersetuju agak Dr Zakir Naik tinggal di Malaysia sementara siasatan terhadapnya sedang dijalankan.

Masalah kalau Zakir berucap akan timbulkan ketegangan, itu sudah diselesaikan dengan larangan Zakir berceramah. Oleh demikian saya tidak fikir ini harus dikaitkan dengan gesaan atau desakan supaya dia dikirim pulang ke India.

Jadi saya sokong untuk beliau kekal di Malaysia, terutama ketika siasatan terhadapnya diteruskan.

Jangan mudah terpengaruh

Tambahan, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menasihati orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan ‘Say No to Zakir Naik’. Bantahan terhadap penceramah itu hanya akan memanaskan suhu politik negara.

Saya juga menasihatkan orang ramai agar tidak terpengaruh untuk menyertai perhimpunan ini bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara.

Sumber: BH Online, Astro Awani

SKIP THIS AD ×