berita

‘Jangan Tiru Ayda Jebat’ – Komen Kelakar Individu Buat Netizen Geli Hati, Ini Respon Ayda Jebat

October 14th, 2018 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semua sedia maklum, suara lunak yang dimiliki penyanyi no 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza tiada tolok bandingnya. Memenangi pelbagai anugerah semenjak mula menceburkan diri dalam bidang seni, Siti juga terkenal sehingga ke negara jiran.

Menerusi nyanyian single terbaru Anta Permana di Youtube, seorang pengguna telah ‘menegur’ cara nyanyian Siti yang dikatakan sama dengan Ayda Jebat. Malah pengguna tersebut juga mahu Siti mempunyai gaya tersendiri.

Suara sama dengan Ayda Jebat

Rata-rata memuji nyanyian live Siti yang ternyata sangat sedap. Sehingga ke hari ini, tiada penyanyi sehebat dan setanding penyanyi yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia ini.

Namun, teguran individu ini telah membuatkan netizen geli hati. Mana mungkin  disamakan Siti Nurhaliza dan Ayda Jebat?

Respon Ayda Jebat

Ayda Jebat walaubagaimanapun memberi respon tidak bersetuju dengan teguran yang dibuat individu tersebut. Menurutnya mana mungkin suaranya seiras Siti Nurhaliza, penyanyi no 1 negara.

Sumber : amrlafz

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×