berita

#JanganBayarChallenge Undang Kecaman, Selebriti Media Sosial Tampil Buat Penjelasan

February 18th, 2019 | by Amat
Kini Trending

Cabaran #janganbayarchallenge diperkenalkan dua selebriti media sosial telah viral tempoh hari dan mendapat kecaman netizen. Rata-rata menyifatkan tindakan itu tidak masuk akal dan diibaratkan seperti sampah, hambar dan bodoh.

Menurut mStar Online, Mohd Zairul Hafizi yang juga pemilik akauan Instagram @zairulgriemann memohon maaf dan menjelaskan kisah disebalik pembikinan cabaran itu.

Jangan bayar challenge kena kecam

https://www.instagram.com/p/Bt8TrSpgdcK/

Video ini menyaksikan Instafamous Zairul bersama seorang lagi rakannya melakukan #janganbayarchallenge di beberapa kaunter bayaran ternyata mengundang kecaman dalam kalangan netizen.

Kami dah bayar dulu

Bagaimanapun, Zairul tampil menjelaskan motif disebalik agenda tersebut. Tambahnya, agenda itu dilakonkan semula selepas dia membuat bayaran di kaunter pembayaran.

Sebenarnya saya dan seorang lagi rakan saya Muiz buat video tersebut sebab nak hiburkan hati orang terdekat. Dan kami sudah berpakat dengan semua orang sebelum nak buat video itu.

Mereka  semua kawan-kawan saya. Sebenarnya kami dah bayar dulu, kemudian kami baru buat video. Kami siap minta izin mereka terlebih dahulu boleh tak buat macam itu.

Kemudian mereka ingat kami betul-betul tak bayar dalam video itu dan terus lari. Silap kami juga sebab tak letak video disebalik tabir. Itu yang membuat netizen marah dan ada juga kata makanan itu haram dan menyamakan perbuatan itu seperti mencuri.

Idea ini datang secara spontan

Dia mengakui perbuatan itu tercetus secara spontan, tidak dirancang. Tambahnya lagi, dia memohon maaf dan terima segala teguran netizen sebagai sesuatu yang positif.

Kami manusia biasa yang melakukan kesilapan. Kami juga tak ada kuasa untuk undurkan masa tapi selepas ini kami akan cuba ubah konsep yang sesuai dengan masyarakat negara ini.

Idea ini datang secara spontan. Tiba-tiba terlintas di fikiran. Jadi kami terus buat saja. Lagi pun ramai DM minta kami buat video. Sebab video yang kami buat sebelum ini mereka terhibur.

Sumber: mStar, Zairul

SKIP THIS AD ×