
Tempat kerja selalunya dianggap sebagai rumah kedua memandangkan kita menghabiskan banyak masa bersama rakan sekerja.
Namun, tanpa kita sedari, batas profesionalisme kadangkala mula terhakis sehingga membawa kepada pergaulan bebas.
Artikel Berkaitan: Ustaz Wadi Annuar Kongsi Sabda Nabi SAW Tentang Kaum Nabi Lut – ‘Bila Allah Laknat, Itu Amaran Paling Keras Dalam Agama’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Dedah Terima Tempahan Dewan Kahwin Daripada Pasangan Gay – ‘Kami Tolak, Itu Prinsip’
Pergaulan bebas
Pergaulan bebas antara lelaki dan wanita tanpa sebarang sempadan bukan sahaja dilarang dalam Islam, malah ia merupakan pintu utama kepada kerosakan hati dan runtuhnya tembok maruah diri.
Justeru itu, pendakwah bebas Ustaz Wadi Annuar menegaskan tentang larangan pergaulan bebas di tempat kerja.
Janganlah tempat kerja dijadikan sebagai medan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.
Menurut Ustaz Wadi, menjaga batas pergaulan di tempat kerja berkait rapat dengan konsep amanah dan keberkatan dalam Islam.
Apabila kita bekerja dalam suasana yang diredai Allah, maka setiap titik peluh bukan sahaja semata-mata demi gaji, tetapi menjadi saham akhirat.
Jaga batas sebaik mungkin, semoga dengan perkara tersebut, Allah mengalirkan keberkatan dalam sumber pendapatan kita.
Sumber: Threads Ustaz Wadi Annuar