berita

Janganlah Terus Menghukum – Sheila Majid Anggap Penampilan Seksi Anak Sebagai Proses Kematangan

April 17th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Strepsils hits The Right Note - Sheila Majid-13

Tidak lama dahulu, anak sulung Datuk Sheila Majid, Wan Nur Khaleeda Aziz pernah mencuri tumpuan ramai gara-gara berpakaian seksi dan gaya hidupnya yang agak sosial.

Mungkin kerana membawa gelaran anak selebriti, maka kehidupan Khaleeda atau lebih dikenali sebagai Kayda juga sedikit sebanyak terkena tempias sepertimana ibunya.

Bagaimanapun, Sheila Majid yang ditemui sewaktu majlis sidang media Strepsils The Right Note di One World Hotel semalam ternyata mempunyai pendapat sendiri mengenai perkara tersebut.

Strepsils hits The Right Note - Sheila Majid-9

Sambil tergelak, Sheila memberitahu gaya penampilan yang dipilih anak sulungnya hasil perkahwinan dengan komposer Roslan Aziz itu adalah sebagai salah satu proses pendewasaan dalam hidup.

Umur dia bukannya 45 atau 50 tahun. Dia baru 22. Ini apa yang kita panggil proses pembesaran. Adakalanya kita kena buat silap dalam kehidupan. Memang ada beberapa insiden yang dia terkantoi, tapi dia belajar dari kesilapan tu. Dia ambil itu sebagai pengajaran.

Bagi saya pada umur sekarang dia nak pakai camtu, tak mengapa. Kalau dah umur 42 pakai seksi macam tu memanglah saya marah. Sekarang ni dia masih lagi tercari-cari fesyen yang sesuai. Tapi tak adalah sampai keterlaluan hingga menampakkan pakaian dalam sahaja.

Walaupun menyedari hakikat bahawa anaknya juga tidak terlepas dari menerima kritikan, namun Sheila berharap orang ramai tidak terlalu cepat menjatuhkan hukum.

6bd935e2ba2b11e3adaa1278edf1789c_8

Kayda juga mempunyai minat bergelar penyanyi

Saya pernah bagitahu wartawan sebelum ni, anak saya bukan selebriti, dia cuma gadis remaja yang sedang membesar dan dia tak akan lari dari membuat silap. Cuma malangnya, dia adalah anak saya dan dia pun turut jadi bahan perhatian.

Bagi dia peluang untuk membesar, biar dia buat kesilapan dan belajar dari situ. Jangan terus menghukum. Saya juga pernah buat silap, tapi masa dulu saya cuma anak Haji Abdul Majid, orang tak peduli.

Mengulas mengenai pembabitan Kayda di dalam bidang seni baru-baru ini, Sheila turut menasihati anaknya itu agar berwaspada dan sentiasa berhati-hati dalam setiap perkara sebelum membuat sesuatu yang boleh mencemarkan namanya.

Saya selalu nasihatkan dia, kalau dia nak terlibat dalam bidang seni, ramai mata yang akan memerhati. Itu adalah pengorbanan yang dia kena buat. Dia tak boleh cakap, itu kehidupan peribadi dia. Jadi saya ingatkan, sebelum buat apa-apa, fikirlah dulu masak-masak.

Untuk pengetahuan anda, Kayda sudahpun memulakan kerjayanya sebagai penyanyi sekitar tahun lepas tetapi lebih menjerumus ke arah muzik hiphop.

Kalau anda belum pernah dengar alunan suara Kayda, jom tonton muzik video Down With Me di bawah ini. Semoga terhibur!

SKIP THIS AD ×