berita

Janin Keluar Atas Tapak Tangan, Rafidah Ibrahim Keguguran Kali Kedua – ‘Belum Sempurna Tapi Dah Cukup Sifat’

June 28th, 2022 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Impian pelakon Rafidah Ibrahim atau lebih mesra disapa Fida untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia memaklumkan mengalami keguguran buat kali kedua.

Gugur buat kali kedua

Khabar duka berkenaan dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Rafidah binti Ibrahim di akaun Instagramnya pada malam semalam.

Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat sebelum masuk waktu Maghrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yang berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.

Ujarnya sejak jam 5.00 petang perutnya berasa sakit, namun menyangka ia hanya angin yang teruk di dalam badan terutamanya pada bahagian bawah perut. Fida kemudiannya membiarkan perkara berkenaan dan berehat meskipun sakitnya hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar.

Risau terjadi apa-apa yang lebih serius berlaku, dia segera memanggil suaminya dan memberitahu seperti ada sesuatu yang ingin keluar, namun suaminya menyuruh membiarkan.

Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat. Pada waktu itu, perasaan panik ada, nak menangis pun ada tapi bila saya pegang ‘baby’, SubhanaAllah indahnya ciptaan Allah SWT.

Perasaan panik dan sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.

Beri nama anak Abdullah

Sementara suaminya menunaikan solat, Fida bersiap dan bergegas ke hospital. Difahamkan, dia turut ditahan semalaman di wad bagi tujuan pemantauan doktor. Walaupun jantina bayi masih tidak dikenalpasti, namun dia dan suami menamakannya Abdullah yang membawa maksud hamba Allah SWT.

Walau bagaimanapun, jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ampang bersebelahan dengan kubur arwah ibu dan bapanya.

Sumber : rafidahibrahim

SKIP THIS AD ×