berita

Janji Nak Beri iPhone Untuk Pembeli Terawal, Individu Dakwa Rupanya Influencer Kaki ’Scam’?

March 5th, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Nama seorang pempengaruh terkenal sekali lagi menjadi bualan hangat netizen di media sosial selepas didakwa memungkiri janji.

‘Mana iPhone nya?

Baru-baru ini, seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas tertipu dengan pempengaruh media sosial yang berjanji akan memberikan telefon pintar jenis iPhone 15 kepada 30 orang pembeli terawal minyak wangi yang dijualnya menerusi segmen siaran langsung di TikTok.

Masa aku beli perfume dia ni tengah Live, masa tu dia belum buka beg kuning lagi, dia cakap “Saya akan buka beg kuning saya, untuk 30 orang yang terawal beli perfume akan dapat percuma iPhone”.

Kita saja cuba-cuba, bukan saya nak cakap saya tak mampu beli iPhone, saya pun pakai iPhone, tapi saya nak buktikan adakah dia ni betul ataupun tidak?

Tetapi siapa sangka, itu hanyalah helah semata-mata dan individu tersebut tidak menerima sebarang telefon pintar seperti yang dijanji meskipun dia adalah antara individu terawal yang membeli minyak wangi yang dijual pempengaruh terbabit.

Sebaliknya wanita itu hanya menerima sehelai nota yang memaklumkan bahawa dia tidak berjaya memenangi iPhone tersebut namun berpeluang memenangi motosikal dan wang tunai.

Dan sekarang saya ‘unboxing’ mana iPhonenya?. Sekarang ni tujuan saya beli perfume ni untuk saya tengok adakah betul ataupun tidak apa yang awak cakap.

Sekadar info, pempengaruh itu terkenal dengan sikap murah hati seperti memberikan motosikal, kereta dan wang tunai kepada orang ramai yang memerlukan.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×