berita

Janji Tak Serupa Bikin! Usahawan Rempah Oden Viral Kecewa Kek Bernilai RM10K Buruk Kejadiannya!

October 18th, 2021 | by Intan Mahsuri
Kini Trending

Korang tahu tak, baru-baru ni ada satu usahawan rempah oden viral dekat aplikasi TikTok? Katanya usahawan tersebut belanja RM10K untuk kek sempena majlis gender reveal anaknya yang ke-4. Tapi hasilnya, alahai… Kesian tengok.

Ha! Usahawan yang dimaksudkan, tak lain tak bukan, Cek Yana, pengasas kepada Masak-Masak CekYana. Ala, pemilik kepada rempah oden viral yang banyak youtuber dan tiktokers buat review “mukbang” tu.

Majlis gender reveal bertukar tragedi!

Bakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama, ibu mana yang tak teruja nak sambut kelahiran bayi perempuan sulung dalam keluarga yang dah ditunggu-tunggu sekian lama.

Maka tidak hairanlah, ibu kepada 3 cahaya mata lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk sambutan majlis gender reveal tersebut.

@cekyanaofficial

Reply to @masdianaamin Tak sabarnya .. Tahniah sis dapat RM500 untuk shopping barang baby dgn cekyana ? #fyp #fypmalaysia

? bunyi asal – jaja – @rusa_putih96

Betul la kata orang, malang tak berbau. Majlis istimewa yang diharapkan menjadi kenangan manis dan terindah buat usahawan tersebut bertukar menjadi satu tragedi apabila dirinya terkejut besar kerana kek yang ditempah, indah khabar daripada rupa.

Siapa je yang tak terkilan dan kecewa apabila kek yang diterima lain benar hasilnya. Tak sama langsung dengan lakaran. Kalau min pun confirm melenting. Ye la! Harga kek bukan murah, RM10K you alls!

Merasakan dirinya ditipu dan kek yang diterima tidak setimpal dengan wang yang telah dibelanjakan, CekYana berkongsi moment tersebut dengan pengikutnya di aplikasi TikTok untuk mengelakkan situasi tersebut berulang kembali.

Kek macam budak form 1 pun boleh buat-Netizen

Rata-rata netizen juga tidak berpuas hati melihat kek yang dihasilkan. Bukan apa, hasilnya lain sangat berbanding dengan apa yang dijanjikan.

Sepatutnya kek yang dihasilkan menyerupai Istana Melayu dan Istana Korea tapi boleh pulak baker main tampal je gambar Istana Melayu dan Istana Korea tu. Dah la tu, kek rapuh bila dipotong. Tak moist langsung.

Tetap teruskan upacara gender reveal

Walaupun kecewa, majlis tetap diteruskan dan CekYana mengumumkan jantina anaknya secara live di Facebook dan Tiktok. Bukan itu je, dalam masa yang sama CekYana juga telah bernazar untuk menaja dua orang pengikutnya untuk bersalin di hospital  swasta Andorra jika mereka turut mendapat anak perempuan.

Selain itu, lima ibu hamil bertuah turut dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500.

Lancarkan produk baru

Dalam majlis tersebut, CekYana turut melancarkan produk terbaharu keluaran Masak Masak CekYana, iaitu rempah Odeen Kimchi dan Sup Steamboat. Jika sebelum ini, rempah odeen hanya ada 2 perisa iaitu rempah Odeen Original dan Extra Hot Spicy, sekarang CekYana tambah 2 lagi variasi rasa baru untuk korang semua.

Menurut CekYana, dia berharap dengan adanya empat jenis rempah kuah odeen, korang boleh pilih mana satu rempah yang betul-betul kena dengan tekak korang. Jadi, bila korang makan, korang puas hati dan rasa nak repeat lagi.

Lebih istimewa, sempena majlis ini juga CekYana share butiran Peraduan Happy Hour Sale dimana pelanggan setia rempah odeen viral yang membuat pembelian minima RM29 berpeluang memenangi pelbagai hadiah awesome termasuklah  iPhone 13, dishwasher Toshiba dan banyak lagi..

Nak tahu butiran lanjut mengenai peraduan ini, korang boleh klik link dibawah. Bagi korang yang teringin nak cuba produk keluaran CekYana, korang boleh dapatkan produk-produk keluaran Masak-Masak CekYana melalui ejen sah dan HQ Masak-Masak CekYana.

Facebook: Masak Masak Cekyana

Instagram: masakmasakcekyana

Tiktok: cekyanaofficial

SKIP THIS AD ×