
Pelakon, Janna Nick berharap ada pihak yang dapat membantu menyelamatkan seorang rakan artis yang juga teman rapatnya dahulu selepas didakwa terlibat dalam penipuan baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Tegur & Marah Lah Saya’ – Janna Nick Mohon Maaf, Berazam Tak Mahu Lukai Hati Mana-Mana Pihak
Artikel Berkaitan: Nama Dipetik, Janna Nick Dakwa Pernah Diburukkan Ibu Puteri Balqis Dalam Group WhatsApp Selebriti – ‘Sejak Tu Saya Dipulaukan’
Pernah rapat
Pemilik nama Nurul Jannah Muner, 31, mendedahkan rasa bimbang terhadap rakannya itu selepas merasakan dia menghadapi situasi yang mencurigakan.
Menceritakan kembali, Janna berkata mereka pernah rapat dengan seorang sahabat, namun individu itu tiba-tiba menghilang tanpa khabar berita.
Kami pernah rapat dan dia menghilang secara tiba-tiba. Beberapa tahun selepas itu dia pernah WhatsApp nak pinjam duit.
Lepas dapat mesej tak sampai beberapa saat, saya terus telefon dia sebab rindu.
Tiba-tiba suami dia yang angkat. Tak ke terkejut? Kita mesej kawan kita tapi suami dia yang angkat and cakap kawan kita dekat klinik.
Siapa yang balas mesej itu? Saya harap ada orang yang boleh selamatkan dia sebab saya tak rasa number tu dia yang pegang.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya turut bimbang dengan keadaan pelakon itu sekarang.
Sumber: Threads