berita

Janna Nick Jadi Penyanyi Dalam Drama Terbaru Ni? Adakah Beliau Shakira Malaysia? Wajib Tonton Ni!

January 5th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Korang kenal penyanyi international Shakira tu? Ala yang famous dengan lagu Waka,Waka,Ayy Ayy tu! Mestilah kenal kan? Suara dia unik habis. Ramai nak try ikut tapi tak berjaya ha..

Tapi korang tahu yang Malaysia pun ada jugak Shakira!

Janna Nick kembali sebagai penyanyi dalam drama TV3 terbaru berjudul “Shakira” ni!

Ha, Janna Nick lah Shakira Malaysia tu! Beliau kembali bersama pelakon-pelakon handalan yang lain bagi membuka tirai slot drama Akasia TV3 tahun 2022 ini.

Paling best bila hero dalam cerita ni ialah Syukri Yahaya! Siapa kaki tengok drama tahu lah drama yang ada Syukri Yahaya, campur pula dengan Janna Nick mesti best punya.

Lakonan mereka tu betul-betul mantap macam real habis. Kita yang sakit hati, geram, sedih semua sekali dengan mereka.

Antara pelakon lain yang ada ialah Khai Bahar, Syerinie Myra, Ramona Zamzam, Edika Yusof, Ikhwan Khairudin, Marisa Yasmin, Melissa Wafa.

Sedikit sinopsis mengenai drama “Shakira” ni untuk kasi korang teruja

Shakira yang dibintangi oleh Janna Nick terpaksa berhenti kolej untuk menjaga adik beliau yang mempunyai masalah mental. Adik dia menghadapi masalah ini lepas kehilangan bayi dia.

Shakira kemudian menjadi penyanyi busker sepenuh masa apabila pada suatu hari di tawarkan kerja sebagai penyanyi live band di Terengganu.

Kat sini lah dia jumpa dengan Amir (Syukri Yahaya).  Tapi Amir ni macam tak suka dia, macam dingin je selalu. Tapi lama-lama diorang macam tersuka pulak, wah wah..

Saat cinta tu baru je nak berputik, tiba-tiba..Bekas tunang si Amir bernama Anita ni datang balik pulak! Aduh, macam mana ni? Tiba-tiba dah jadi cinta 3 segi.

Apa jadi dengan Shakira? Adik dia yang ada masalah mental tu pula, okay ke dengan Amir? Apa yang Anita akan buat dekat Shakira? Ha semua ni korang kene tengok sendiri!

Mesti syok punyalah, berlakon pula di Terengganu. Mesti sweet-sweet gitu kan?

Tengok dekat iQiyi je! Mudah dan dapat tengok awal!

Episod baru akan mula ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat secara PERCUMA pada pukul 8 malam bermula 5 Januari 2022!

Kalau tak sabar, lagi-lagi bila tengok kemuncak episod, korang boleh jadi pelanggan VIP iQIYI ni.

Sebab pengguna VIP boleh dapat akses kepada episod baru 1 jam selepas bersiaran di TV3. Kalau tak VIP korang kena tunggu 48 jam weh. Lama! Tak sabar nanti. Korang boleh terus klik dekat SINI kalau nak tonton.

Antara manfaat lain bila jadi pengguna VIP ialah:

Boleh skip iklan ! Siapa tak sakit hati tengah-tengah tengok ada iklan. Ish, geram. Dengan akaun VIP korang boleh terus tekan skip!

Lepas tu untuk bulan pertama langganan korang hanya perlu bayar RM1.90 je.

Jangan risau, banyak benda best tak semestinya content tak best kan? iQIYI ni didatangkan dengan pelbagai manfaat dan juga content-content eksklusif dan Advance Privilege!

Orang tak dapat tengok lagi korang dah dapat tengok tau. Tonton dengan Dolby Atmos dan Full HD lagi. Ha memang ngam habis iQIYI ni.

Ada semua content yang korang nak tengok dari Drama Melayu, English, K-Drama, C-Drama, Anime pun ada!

Kalau nak langgan boleh lah tekan link dekat SINI sekarang! Jom sama-sama tengok Janna Nick dengan Syukri Yahaya berlakon.

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×