
Pelakon dan penyanyi, Janna Nick berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika berada di luar negara apabila menyedari dirinya tersilap mengikut waktu solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Janna Nick & Azar Azmi Akhirnya Bertemu, Berpelukan & Tak Mampu Tahan Sebak – ‘Janji Jangan Hilang Lagi’
Artikel Berkaitan: Janna Nick Nafi Buka Akaun Threads Palsu – ‘Saya Dekat Jepun, Macam Mana Pula Nak Buat Fake Account Dari UK?’
Salah waktu solat
Menerusi hantaran di Threads, Janna, 31, berkata, kesilapan itu berlaku selepas dia terlupa menukar lokasi dalam aplikasi yang digunakan sebagai rujukan waktu solat.
Titik terendah bila kau solat tiga hari berturut-turut di negara yang kau travel, ikut waktu yang salah sebab lupa tukar lokasi di aplikasi Muslim Pro. Ingatkan auto tukar lokasi sendiri.
Dalam hantaran sama, Janna turut mendapatkan pandangan wargamaya mengenai perkara tersebut dan bertanya sama ada dia perlu menggantikan semula solat yang telah ditunaikan sepanjang tempoh berkenaan.
Nak kena qada ke semua?
Perkongsian tersebut kemudian mendapat perhatian ramai apabila wargamaya memberitahu sekiranya Janna berasa was-was dengan solatnya, dia dinasihatkan untuk menggantikan semula.
Tidak kurang juga yang menasihati supaya lebih berhati-hati ketika menggunakan aplikasi waktu solat, khususnya apabila berada di lokasi atau negara yang berbeza bagi mengelakkan kesilapan sama berulang.
Sumber: Threads