Pelakon dan penyanyi Janna Nick menegaskan dia tidak menggunakan penyakit gangguan mental atau bipolar untuk menagih simpati daripada netizen.
Artikel Berkaitan: Janna Nick Dedah Otak & Hati Pesakit Mental Tak Pernah Sehaluan, Sering Dengar Lebih Daripada Lima Suara – ‘Hanya Tidur Waktu Yang Paling Sunyi’
Lebih baik buat dari dulu
Akui Janna, ada segelintir pihak yang mendakwa dirinya sekadar ‘memancing’ belas kasihan apabila berkongsi hantaran mengenai masalah kesihatan di Instagram (IG).
Apa jua hantaran mahupun kandungan yang dimuat naik dalam media sosial mengenai penyakit yang saya hadapi langsung tiada kena mengena atau bertujuan mahu meraih simpati orang.
Kalau betul nak raih simpati seperti yang netizen katakan, lebih baik dari dahulu lagi saya minta simpati dan kasihan mengenai perjalanan kehidupan saya sejak dari kecil sampailah kini.
Kata pengacara berumur 27 tahun itu, dia menyedari ramai yang malu untuk mengaku mereka menghidap penyakit mental. Justeru, Janna memainkan peranan agar individu yang menanggung penyakit sama tidak akan berasa keseorangan.
Saya tahu ramai yang senasib dengan saya tapi mereka malu untuk mengakuinya.
Jadi menerusi perkongsian yang saya muat naik, saya nak mereka tahu bahawa tiada istilah sunyi atau menanggung derita seorang diri.
Dos terlalu tinggi
Ditanya mengenai ubat antidepresi, pemilik nama Nurul Jannah Muner menyatakan dia sudah berhenti daripada mengambil kerana mengganggu kerja-kerja seni.
Saya cuma ambil ubat antidepresi tersebut selama dua bulan sahaja sekitar pertengahan tahun lalu sebab betul-betul memerlukannya ketika itu.
Saya berhenti selepas tidak tahan dengan dos yang terlalu tinggi sehingga mendatangkan pelbagai kesan negatif lain terhadap diri.
Jadi selepas berbincang dengan doktor yang merawat, dia setuju dan benarkan saya berhenti makan pil tersebut dan kini hanya mengambil ubat-ubatan biasa sahaja.
Dalam perkembangan lain, Janna bakal menemui penonton dalam filem Juang yang akan ditayang di pawagam seluruh negara bermula 8 September ini.
Pelantun lagu Gatal ini memegang watak sebagai jururawat bernama Hannah yang merupakan salah seorang frontliner (barisan hadapan) ketika negara dibadai pandemik maut, Covid-19.
Selain Janna, filem menggabungkan lima pengarah itu turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zul Ariffin, Zizan Razak, Sangeeta, Izzue Islam, Vanidah Imran dan Allahyarham Adibah Noor.
Sumber: Instagram @jannanick