berita

Jantina Anak Masih Dirahsiakan, Anzalna Selamat Bersalin Anak Kedua

May 21st, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Pelakon, Anzalna Nasir selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, semalam. Berita gembira itu dikongsikan oleh suaminya iaitu Hanif Zaki menerusi Instagram. Hanif juga telah memuat naik foto Anzalna dan bayi mereka.

Berkat hari Jumaat

Menerusi posting yang dimuat naik, Hanif meluahkan rasa syukur anak kedua mereka selamat dilahirkan. Ujarnya, sepatutnya hari semalam Anzalna menjalani pemeriksaan terakhir.

Alhamdulillah berkat Jumaat. Anak kedua kami selamat dilahirkan hari ini. Hari ini sepatutnya kali terakhir Anzalna buat pemeriksaan, Allah work in a mysterious way.

Terdahulu, menerusi Insta Story Anzalna memohon maaf jika ada sebarang kesalahan yang dilakukan serta memohon doa urusan bersalin dipermudahkan. Anzalna mendirikan rumah tangga dengan Hanif Zaki pada 2016. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Momahad Eidress kini berusia 2 tahun.

Sumber: Hanif

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×