berita

‘Jantung Degup, Bukan Denyut!’ – Cikgu Zack Kirana Tegur Perkataan Salah Dalam Lirik Lagu ‘Casablanca’

July 22nd, 2022 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Hampir sebulan diputarkan di radio dan dimuat naik di Youtube, lagu ‘Casablanca’ nyanyian Nuha Bahrin dan Naufal Azrin ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar. Namun begitu, seorang guru yang dikenali sebagai Zack Kirana menegur kesalahan perkataan yang digunakan oleh penulis lirik dalam lagu tersebut.

Tak boleh bayangkan ‘denyut’

Menurut cikgu Zack, untuk jantung perkataan yang seharusnya digunakan adalah ‘degup’ bukannya denyut. Tambah cikgu Zack, dia mengaku bahawa penulisan kreatif ada sedikit kebebasan untuk melakukan ralat dalam tatabahasa. Akan tetapi, netizen perlu tahu yang langgar itu hukum tatabahasa yang tidak boleh dibayangkan. Sebagai contoh, kata sendi nama ‘di’.

Sebagai contoh, kata sendi nama ‘di’. Ada lirik lagu yang tulis di hari raya. Sepatutnya kena tulis pada hari raya. Sebab ‘di’ kita tak dapat bayangkan, jadi tak ada masalah. Contoh lain, sepatutnya mencintai tapi ada yang buat jadi menyintai. Tapi kalau yang melibatkan kata nama dan juga kata kerja, perkara yang boleh kita bayangkan kalau kita salah pilih perkataan itu dia akan bagi bayangan yang berbeza kepada jalan cerita lagu tersebut. Saya tak boleh bayangkan jantung dia berdenyut macam mana.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar penjelasan cikgu Zack. Menurut netizen, ilmu yang diberikan oleh cikgu Zack sangat bernilai dan boleh diguna pakai oleh semua lapisan masyarakat. Di akhir video berkenaan juga, cikgu Zack memberitahu lagu ‘Casablanca merupakan lagu kesukaannya pada waktu ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zack Kirana Ibrahim ?? (@zackkirana)

Sumber: Zack Kirana

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×