berita

Jarak Umur 10 Tahun Bukan Penghalang, Gadis Terima Lamaran Cikgu Geografi

July 16th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Jodoh memang tidak mengenal usia. Itu lah perumpamaan yang dapat digambarkan untuk pasangan ini. Memang tidak dapat dinafikan bahawa setiap perjalanan cinta seseorang itu berbeza. Siapa sangka daripada menjadi guru dan pelajar kegemaran, akhirnya jodoh menyatukan mereka sebagai suami isteri.

Jarak umur 10 tahun bukan penghalang

Menerusi video yang dimuat naik oleh mat_din official di akaun TikTok, lelaki berkenaan dikenali sebagai Cikgu Din berkongsi kisahnya bertemu jodoh dengan pelajarnya sendiri. Pada mulanya mereka hanya mengenali antara satu sama lain di sekolah yang sama.

Tapi siapa sangka selepas gadis tersebut tamat belajar, hubungan mereka bertaut kembali dan jatuh cinta antara satu sama lain. Walaupun jarak umur mereka 10 tahun, namun ia bukan penghalang buat mereka membuat keputusan untuk berkahwin pada 12 Julai lalu.

Siapa sangka daripada guru dan pelajar kegemaran sekarang jadi suami isteri.

Difahamkan lagi, lelaki berkenaan berasal daripada Terengganu dan bekerja sebagai seorang guru di Sarawak. Video berdurasi 19 saat itu telah meraih lebih satu juta tontonan serta mendapat lebih 89 ribu tanda suka.

Tak sangka berkahwin dengan guru sendiri

Walau bagaimanapun, Nur syafieqa Samsawi mengatakan bahawa dia tidak menyangka bahawa dia akan berkahwin dengan gurunya sendiri. Suaminya,  Mohd Hafirudin Ramli dikatakan telah mengajar subjek geografi di kelasnya ketika di tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Saratok, Sarawak.

Jujurnya, Saya tidak sangka akan berkahwin dengan guru sendiri… Tetapi inilah yang dinamakan jodoh.

Gadis berusia 19 tahun itu mengakui bahawa Hafirudin merupakan guru kegemarannya tetapi mereka tidak berbual antara satu sama lain kecuali hal penting.

Ketika itu, suami baru bertugas di sekolah saya dan dia mula mengajar dalam pertengahan tahun. Daripada awal lagi saya sudah mula jatuh hati dengannya tetapi tidak terfikir unuk menjalin hubungan serius kerana sedar batas seorang pelajar dan guru.

Jelasnya lagi, dia dan suaminya tidak berhubung sejak dari tingkatan empat sehingga habis sekolah namun,  mereka mula rapat selepas suaminya menghantar mesej di Instagram pada tahun lalu. Pada mulanya keluarga Syafieqa dikatakan agak keberatan untuk mengizinkannya berkahwin tetapi mereka mula bersetuju apabila melihat kesungguhan guru berkenaan.

Sejak itu, kami sering berhubung dan dari situ, timbul rasa sayang terhadapnya. Dia mula meluahkan perasaannya ketika pertemuan pertama kami di sebuah restoran, saya ingatkan dia bergurau rupanya serius untuk jadikan saya sebagai isteri.

Dari guru dan pelajar kegemaran akhirnya jadi suami isteri

@cik_dien92Siapa sangka daripada favourite teacher&student jadi husband&wife…??#favouriteteacher #favouritestudent #fyp #fyp? #esekeli #foryoupage #foryou? original sound – mat_din official

Sumber : cik_dien92, Harian Metro

SKIP THIS AD ×