berita

Jarak Usia 37 Tahun, Nenek 17 Cucu Kahwini Jejaka 24 Tahun, Dah ‘Ready’ Nak Ada Anak Bersama

June 16th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Jarak usia bukan penghalang, seorang wanita yang berpangkat nenek akui jatuh cinta dengan seorang jejaka berusia 24 tahun. Wanita berusia 61 tahun ini juga memberitahu dia sudah bersedia menimang cahaya mata bersama suaminya.

Suami isteri jarak umur 37 tahun

Memetik laporan Mirror UK, wanita yang dikenali dengan nama Gran Cheryl ini telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Qaran McCain dari Amerika Syarikat pada September tahun lalu iaitu selepas setahun mereka menjalinkan hubungan cinta. Lebih menarik perhatian apabila mengetahui cincin lamaran yang diberikan oleh Qaran kepada Gran Cheryl adalah hasil pemberian wang daripada pengikut mereka di media sosial. Menurut sumber, perkahwinan mereka sebelum ini yang berlangsung di tepi sungai di Tennessee telah disiarkan secara langsung di media sosial dengan tontonan lebih 20,000 orang.

Meskipun memiliki jarak usia sebanyak 37 tahun, namun ianya langsung tidak menjadi penghalang buat mereka untuk mengecapi kebahagiaan. Difahamkan, Gran Cheryl yang memiliki 17 orang cucu kini sudah bersedia untuk menimang cahaya mata walaupun masih belum pasti sama ada ingin mengambil anak angkat atau menggunakan kaedah ibu tumpang.

Dapat restu keluarga, anak-anak

Perkahwinan pasangan ini turut direstui oleh keluarga Qaran dan anak-anak Gran Cheryl. Ketujuh-tujuh orang anak Gran Cheryl yang berusia di antara 29 hingga 41 tahun itu memberitahu mereka bersedia untuk membantu menjaga dan membesarkan anak bongsu ibu mereka.

Menurut sumber, ibu bapa Qaran telah bertemu dengan Gran Cheryl pada tahun 2012 lalu dan ketika itu, Qaran berusia 15 tahun dan sedang bekerja di syarikat milik anak lelaki Gran iaitu Chris. Hubungan mereka bagaimanapun terputus sebelum dipertemukan kembali pada November 2020.

Sumber: Mirror UK

SKIP THIS AD ×