berita

Jarang ‘Show Off’ Barangan Mewah, Netizen ‘Siasat’ Harga Jam Tokti, Hasilnya…

August 9th, 2019 | by faris
Kini Trending

Digelar penyanyi nombor satu Malaysia, tindak-tanduk Dato’ Siti Nurhaliza menjadi perhatian orang ramai sama ada di laman sosial mahupun di alam nyata.

Foto outfit of the day (OOTD) ibu kepada Siti Aafiyah ini di Instagramnya sekali lagi mencuri tumpuan pengikut yang begitu ‘prihatin’ dan mula ‘menyiasat’ harga barangan digayakan selebriti kesayangan ramai tersebut.

Jam jenama Richard Mille RM07 jadi perhatian

Seorang peminat figura ini, Jat Ikhwan di Twitter mendedahkan jenama jam yang dipakai Tokti merupakan jenama jam mewah Richard Mille. Harga seutas jam tersebut dianggarkan kira-kira USD 100k hingga 150k.

Bila ditukar ke matawang Malaysia…

Setelah ditukarkan ke mata wang Ringgit, harga jam tersebut dipercayai mencecah lebih RM627 ribu!

Basikal & aksesori pun mahal-mahal

Sejak kebelakangan ini, Tokti dan suami serta rakan-rakan dilihat kerap berbasikal untuk mengisi masa lapang mereka. Untuk itu, selain pakaian, ada netizen yang mula menyelidik harga basikal dan aksesorinya, memang betul-betul mengejutkan harganya! Sepasang tayar basikal digunakan Tokti mencecah lebih RM30 ribu!

Kasut dengan basikal pun boleh tahan!

Sumber: Jat Ikhwan

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.