Pelakon senior, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa tidak puas hati terhadap seorang doktor yang merawat cucunya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam Nor

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dalam Filem Aku Kena Jatuh Cinta Dengan Nasha Aziz’ – Rosyam Nor

Beri kesan kepada cucu

@suhanchannelofficial

“Cucu aku sampai insecure…” SETIAP HARI AHAD | 9 MALAM | YOUTUBE SUHAN CHANNEL DAN USANITA @Rosyam Nor @Nanahasan_07 @usanita.hq #podcasthitamputihkehidupan #podcast #countdown #suhanchannel

♬ original sound – Suhan Channel Official – Suhan Channel Official

Menerusi podcast Hitam Putih Kehidupan, pemilik nama Mohamed Noor Shamsuddin itu berang terhadap seorang doktor di sebuah pusat perubatan yang didakwa telah menyebabkan kecacatan terhadap cucunya.

Cucu saya yang kedua tiga jari tangannya terkena air panas kerana air tersebut tumpah.

Kemudian dia masuk ke sebuah hospital swasta. Bangangnya doktor ini, dia balut ketiga-tiga jari itu sekali.

Tiga kali cucu saya menjalani pembedahan sampai dia berkata, ‘saya tak nak mati.’

Akhirnya, jari cucu saya melekat (ketiga-tiganya). Yang kau pergi balut tu apa hal? Sekarang cucu aku dah cacat!

Sekarang bila dia bercakap dengan orang, dia akan sorokkan tangannya.

Aktor berusia 58 tahun itu kemudian bertanya kepada panel jemputan yang juga seorang perunding kesihatan, Dr. Muhammad Azrai, untuk mengambil tindakan undang-undang.

Walaupun perkara itu sudah lama berlaku, bolehkah saya nak saman dia?

Menurut Dr Azrai, Rosyam boleh meneruskan saman jika masih rasa tidak berpuas hati.

Terpulang pada awak, kalau rasa tak puas hati teruskan buat aduan dan kemudian mereka akan membawa isu ini ke saluran yang seterusnya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan menggesa pelakon drama Keluarga Itu untuk tidak mengabaikan isu tersebut dengan mengambil tindakan terhadap doktor berkenaan.

Sumber: TikTok Suhan Channel Official