berita

Jari Kanak-Kanak Ini Terputus Gara-Gara Bermain Di Grill Rumah

October 22nd, 2019 | by Shahira
Kini Trending

Kata orang malang memang tak berbau, itulah yang terjadi ke atas seorang kanak-kanak lelaki apabila dia tiba-tiba terjatuh dari grill besi rumahnya ketika sedang bermain di situ. Namun apa yang lebih mengerikan, salah satu jari kanak-kanak itu terputus selepas dia terjatuh akibat tidak dapat mengimbangkan badannya.

Detik cemas ini dikongsikan oleh kakaknya, Anieza Niera di laman Facebook sehingga mendapat perhatian netizen.

Jari putus

Pada 18 Oktober 2019, jam 7 pagi. Buat persiapan di rumah sebab ada buat kenduri sedikit. Pada pukul 1 tengahari, Kejadian ini terjadi. Adik bongsu bermain dekat grill besi (macam dalam gambar). Dia gantungkan tangan dekat situ. Kemudian bila badan tidak boleh imbang, dia jatuh. Jari dia terus putus.

Sepatutnya masa ini letakkan jari yang putus dalam ais tapi bila keadaan kelam kabut, tak ingat langsung nak buat. Kemudian kami bawa dia pergi kecemasan. Sampai-sampai doktor terus cari ais kemudian jari tu diletakkan dalam ais. Nasib jari tu masih hidup.

1 urat je okay, yang lain dah hancur

Bila bawa pergi hospital besar. Doktor terus buat pembedahan untuk sambungkan jari terputus tu. Pembedahan tu mengambil masa 2 jam 30 minit untuk siap. Selepas selesai pembedahan, doktor maklumkan hanya 1 urat sahaja yang boleh diselamatkan, yang lain hancur.

Pada keesokan harinya, 19 Oktober, doktor menunggu aliran darah melalui jari yang disambungkan tu. Macam-macam cara doktor buat. Pertama sekali, doktor cucuk ubat untuk cairkan darah. Kedua, letak bawah lampu supaya darah mengalir dengan baik.

Kemungkinan jari akan mati

Tetapi doktor cakap jari makin kecut, darah masuk pun secara paksa menyebabkan darah tak sampai ke kuku. Kemungkinan jari tersebut akan mati dan tidak dapat digunakan. Tapi doktor bagi masa 2 hari untuk pemeriksaan. Kalau pengaliran darah tak cantik, doktor akan melakukan pembedahan sekali lagi utnuk buang semula jari yang disambungkan hari itu.

Kepada anda semua dekat luar sana, jika ada grill seperti dalam gambar tolong lah berhati-hati. Kalau boleh tutup lah bahagian yang tajam tu supaya tidak terjadi perkara seperti ini.

Sumber: Anieza Niera

SKIP THIS AD ×