Foto: Frozen Rose
Seorang wanita dikenali sebagai Rose menerusi satu posting di Facebook, tampil menceritakan satu detik cemas yang menimpa anak bongsunya sehingga menyebabkan jari anaknya itu putus kerana tersangkut di pintu rumah. Memang ngeri!
‘Cepat balik, bawak Ariq p klinik’
Foto: Frozen Rose
Kisahnya bermula, apabila wanita ini baru sahaja selesai mengajar kelas tambahan dan anak-anaknya ketika itu telah dihantar kepada kedua ibu bapanya yang turut tinggal berhampiran dengan rumahnya. Bagaimanapun, dia terkejut selepas menerima panggilan daripada bapanya memaklumkan tentang perkara ini.
Dalam tengah amik nafas dekat umah tu tiba-tiba abah call cepat cepat balik bawak ariq klinik kita pun tanyalah kenapa?? Apasal tiba-tiba nak gi klinik. Tak dengar apa dah terus campak handphone panggil cik abang.
Siap main sarung je apa depan mata terus ke umah abah. ambil Ariq masuk dalam kereta. Abah tolong drive kita pegang si Ariq tangan dah berbalut dengan tisu. Bawa ke Az-**** Bangi, dia tolong balutkan sikit.
Dia suruh ke hospital kami ke *** Kaj***. Otw pergi ke *** Kaj*** mak call dah jumpa jari yang putus tu masih sangkut dekat pintu jadi suruh mak simpan dalam plastik dan letak ais. Bawak ke *** Kaj*** sampai *** doktor tengok cakap diorang tiada pakar di situ dan recommend untuk ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) sebab HKL ada Pakar Tangan.
‘Main panjat-panjat’
Foto: Frozen Rose
Difahamkan, jarinya anaknya terputus berikutan bermain panjat-panjat di pintu pagar rumah ibu bapanya itu. Bagaimanapun, anaknya ketika itu sama sekali tidak menangis. Setibanya mereka, di HKL doktor telah memberikan penjelasan serba sedikit mengenai keadaan jari anaknya itu.
Rupanya dia main panjat-panjat dekat situ dan terjun sendiri ke bawah. Little did he knows yang jari dia sangkut so tertarik smpai putus. After briefing dengan doktor pakar, doktor tu cakap he try to save the jari. Kemungkinan besar tak dapat sambung. Kalau dapat sambung 50-50 chance juga jari tu bole function.
Selepas empat jam menjalani pembedahan, doktor tersebut menjelaskan dia cuba sambungkan jari kanak-kanak itu dengan urat di bahagian pergelangan tangan untuk sambungkan pada jari berkenaan. Bagaimanapun, keesokan harinya, jari anaknya mula menghitam dan tidak memberi petunjuk darah sudah masuk.
Jari dia tu makin menghitam, tanda ada darah masuk. Tapi darah tak keluar sbb tak circulate. So doktor cadangkan alternative menggunakan Leech Therapy haaa. Leech as lintah ok. Lintah tu bole sucks all the darah beku dan darah yang masuk tak boleh keluar-keluar tu until new veins develop about 3-5 hari doktor cakap.
Namun, selepas lima hari mendapatkan rawatan doktor menjelaskan jari anaknya itu tidak dapat diselamatkan berikutan keadaan jari yang semakin kecut dan salur darah yang sudah rosak. Mahu tidak mahu, wanita ini terpaksa akur dan reda dengan apa yang terjadi.
Mama reda dengan Ariq pun mama tak dolak dalih. Memang terus terang dengan dia. Jari Ariq tak boleh diselamatkan.
Sumber: Frozen Rose