berita

Jason Mraz Bakal Gegarkan KL Mei Nanti, Ini Cara Dapatkan 20% Diskaun Tiket Konsert!

April 19th, 2019 | by Wan
Shout Out!

Buat peminat tegar Jason Mraz, korang mesti teruja sebab penyanyi popular lagu I’m Yours ini akan datang ke Malaysia untuk konsert jelajahnya, Good Vibes yang bakal berlangsung  pada 13 Mei ini, 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Siri jelajah Good Vibes ini telah bermula di Amerika Utara pada musim panas yang lalu dan kini diteruskan ke Asia pula iaitu di Manila, Singapura, Malaysia, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei pada bulan Mei ini.

Konsert ketiga di Malaysia

Jason Mraz sebelum ini pernah datang ke Malaysia pada tahun 2009 dan kemudiannya kembali dengan siri jelajah ‘Tour Is A Four Letter Word’ pada tahun 2012. Konsert akan datang ini merupakan konsert ketiga beliau di Malaysia.

Jason Mraz mula merasai kejayaan arus perdana pada tahun 2002 dengan album sulungnya, Waiting For My Rocket To Come. Jason Mraz kemudiannya mula diminati oleh peminat musik seluruh dunia menerusi beberapa lagu hit dirinya.  Pengumuman siri jelajah Good Vibes ini dibuat untuk menyokong promosi album keenamnya yang berjudul Know pada 10 Ogos 2018; album kelima Jason Mraz yang tersenarai dalam carta Top 10 Billboard 200.

Dapatkan diskaun 20%!

Untuk korang yang nak dapatkan tiket siri jelajah Good Vibes ini, korang boleh beli secara atas talian bermula dari 13 April hingga 13 Mei ini di superdeals.com.my dengan tawaran potongan harga eksklusif sebanyak 20%! Wah banyak tu!

Harga tiket bermula dari RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698. Jangan lepaskan peluang berhibur di konsert Jason Mraz. Superdeals, jimat kaw-kaw!

SKIP THIS AD ×