berita

Jawapan Netizen Bila Ditanya Makanan Lain Daripada Yang Lain Diorang Nak Makan Masa Raya

June 12th, 2019 | by Mastura
Shout Out!

Setiap kali tibanya hari raya Aidilfitri juadah wajib seperti rendang, ketupat, ayam masak merah, kuah lodeh, lemang adalah antara makanan wajib yang akan dihidangkan di setiap rumah.

So, kali ni kami buat satu survey untuk tengok selain daripada juadah raya yang sering dihidangkan ni, apa lagi agaknya makanan yang rakyat Malaysia mahukan atau teringin nak makan masa raya nanti.

Banyak jawapan yang kami terima, ni kami share sikit hidangan menarik yang mungkin korang boleh cuba kalau nak berikan kelainan raya nanti.

Makanan yang berasaskan sunnah Nabi. Alhamdulillah…

Macam yang kita tau makanan raya selalunya penuh dengan rempah ratus, minyak dan kolestrol. Nampaknya ada seorang netizen bagi cadangan supaya kita semua berbalik semula kepada sunnah nabi dengan menggantikan bahan-bahan makanan kepada bahan yang lebih berkhasiat seperti menggunakan minyak zaitun bagi menggantikan minyak masak yang sering kita gunakan.

Selain tu, dia juga cadangkan supaya memperbanyak hidangan berkuah supaya bila hirup makanan boleh dapat sekali khasiatnya. Cadangan yang baik!

Masakan Korea campur Melayu. Lain macam…

Wow lain macam sungguh selera dia ni, international gitu. Kalau korang nak tau kimchi ni merupakan makanan tradisional masyarakat Korea yang berasaskan sayur-sayuran dengan beberapa bahan seperti chili paste, oyster dan sebagainya.

Selalunya Kimchi ni wajib ada setiap kali diorang makan nasi atau mi tapi taste pembaca OHBULAN! ni lain macam tau, nak makan kimchi dengan nasi minyak. Hmm.. Nanti share ya rasa dia macam mana…

Tak habis lagi dendam rendang crispy nampak…

Jujur admin pon teringin nak rasa rendang crispy ni macam mana. Kalau korang lupa, isu rendang crispy ni terjadi bila seorang peserta MasterChef UK dikritik kerana hidangannya tidak disukai salah seorang juri program itu, kerana ayam rendang yang dimasaknya dikatakan tidak cukup rangup. Wow!

Merasakan identiti masakan traditional Melayu dipermainkan, masa ni tentera bawang Malaysia dan Indonesia telah bersatu hati mempertahan masakan asli Melayu itu. Kalau korang ada nak cuba-cuba buat rendang crispy raya nanti boleh hantar kat rumah admin ea, min teringin nak rasa.

Ni mesti orang Utara kan??

Admin yakin diorang berdua ni orang utara, sebab request harum manis dengan ketupat nasi, yelah kat bahagian utara kan lagi popular dengan ketupat daun palas berbanding ketupat nasi. Betul tak?

Hmm sedapnya yang cadangkan pulut harum manis, makan berulang kali pon tak puas. Tapi get ready la kalau perut korang kembung lepas tu. Untuk korang yang tak tau, harum manis ni merupakan salah satu baka buah mangga terbaik yang berasal daripada negeri Perlis. Musimnya pula selalu pada bulan 5 atau 6 setiap tahun. Kenalah nak dekat raya ni, boleh lawat sedara-mara kat sana, mana tau diorang hidang harum manis.

Hidang pasta masa raya.. Macam menarik…

Admin tertarik dengan komen-komen ni sebab diorang cadangkan pasta/spageti untuk hidangan raya. Kadang-kadang bila dah makan banyak sangat makanan raya korang mesti nak cari hidangan lain kan? Lagi-lagi kalau korang ikut marhaban atau ada banyak jemputan rumah terbuka, senak perut kalau asyik hadap makanan raya je. Tapi kalau hidang spageti bukan je ringkas malah senang perut nak hadamkan.

Serius min first time tahu ada spageti kuah rojak dengan carbonara tomyam, nak kena cuba buat la raya nanti, nak rasa sendiri sedap ke tidak. Tak sangka pula ada macam-macam jenis hidangan lain daripada yang lain boleh dihasilkan dengan pasta ni. Tapi cakap pasal pasta, kami nak share cara korang boleh menang hadiah lumayan hanya dengan pasta. Check it out guys..

Nak menang sehingga RM20,000 daripada Prego? Jom tengok video ni!

Siapa je tak tau pasta jenama terkenal Prego ni. Dahla sedap, lepastu simple dan senang je nak masak. Lagilah dah nak tiba musim perayaan ni, kalau korang buat rumah terbuka kan senang kalau hidang pasta kepada tetamu. Korang pon tak payah nak fikir 2 atau 3 jenis lauk nak masak.

Berita baiknya sempena raya ni juga Prego nak bagi korang hadiah sehingga RM 20,000 tau! Cara dia mudah saja, korang hanya perlu cipta video dekat laman Prego dan kemudian teka Siapa Makan Pasta Raya tu….

Cara penyertaan dia mudah saja tau:

Langkah 1: BELI produk Prego bernilai RM20 ke atas di dalam satu resit, simpan resit sebagai bukti pembelian ye

Langkah 2: CIPTA kisah “SIAPA MAKAN PASTA RAYA” dan share dekat Facebook tau!

Langkah 3: LENGKAPKAN borang penyertaan di www.prego123.com.my/raya

Korang boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang korang nak tapi dengan syarat bukti pembeliaan yang haruslah berbeza. Untuk lebih terma dan syarat korang boleh baca kat sini. Ni kami share dengan korang hadiah yang korang boleh menangi. Bestnya!

Mudah kan nak menang hadiah raya? Hanya perlu cari siapa sebenarnya makan pasta raya ni. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang peraduan ni korang boleh terus ke laman web rasmi Peraduan Siapa Makan Pasta Raya? 

Kalau korang nak belajar resipi untuk masak pasta atau nak tau tentang produk Prego pula, korang boleh layari laman web rasmi Prego Malaysia.

Jap bukan itu je, sempena raya ni juga kalau korang beli produk Prego dan/atau Campbell’s bernilai RM20 keatas dalam satu resit, korang akan dapat pinggan edisi terhad Siapa Makan Pasta Raya tau.

So, tunggu apa lagi jom ke pasaraya berdekatan untuk dapatkan produk Prego hari ni juga!

The following two tabs change content below.