
Pelakon meningkat naik, Jazmy Juma berpendapat industri seni tempatan dilihat lebih memberi tumpuan kepada karya berteraskan romantik berbanding genre lain.
Artikel Berkaitan: Jazmy Juma Dah ‘Ready’ Jawab Soalan Tentang Jodoh, Akui Teringin Bawa Kekasih Beraya Di Kampung
Artikel Berkaitan: ‘Tak Semua Benda Boleh Disentuh Apabila Melibatkan Hal Peribadi’ – Jazmy Juma
Berlakon watak komedi

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Jazmy Khan Juma Khan, 28, berkongsi hasranya untuk mencuba genre baru bagi menguji tahap bakat lakonannya.
Menurut Jazmy, dia menyimpan hasrat untuk mencuba watak lebih berat selain daripada genre romantik.
Saya rasa komedi adalah perkara yang susah dan tak semua orang boleh buat lawak.
Mungkin lakonan lain lebih mudah dan natural.
Saya tak tahu apa akan jadi kalau buat komedi atau psycho thriller, tapi saya nak cuba.
Jazmy berkata demikian ketika ditemui semasa sesi peggambaran drama terbarunya Yes! Captain Zul Aaryan pada Rabu.
Mengulas lanjut mengenai dua genre yang diingini, pelakon berusia 28 tahun itu akui memerlukan persiapan rapi demi menjayakan watak tersebut dengan jayanya.
Saya rasa nak buat genre ini sebab banyak sangat cerita aksi dan cerita cinta sekarang.
Saya nak buat antara psycho thriller atau komedi. Pilihan utama psycho thriller, diikuti komedi dan aksi.
Ketiga-tiga genre ini memerlukan persiapan yang sangat rapi.
Bagi perkembangan lain, Jazmy kini terlibat dengan drama bersiri yang diadaptasi daripada novel popular berjudul Yes! Captain Zul Aaryan.
Drama arahan Nizam Zakaria ini bakal menemui penonton bermula 10 Julai depan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam, dengan keseluruhan 30 episod.
Drama ini turut dimeriahkan dengan barisan pelakon hebat seperti Anna Jobling, Natasha Sass, Nafiz Muaz dan Daniel Fong.






