
Pelakon Indonesia, Jefri Nichol meluahkan rasa berang susulan isu pencemaran udara dan jerebu yang semakin membimbangkan hingga menjejaskan kehidupan orang ramai.
Artikel Berkaitan: ‘Baby Belum Move On Ke? Saya Tak Pernah Minta Dibayar’ – Jefri Nichol Perjelas Dakwaan Guna Kad Kredit Ameera Khan?
Artikel Berkaitan: ‘Dah Lupa & Tak Penting’ – Jefri Nichol Perjelas Tak Faham Kecek Kelantan
Jerebu
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Jefri, 27, mempersoalkan syarikat yang didakwa terlibat dalam kejadian pembakaran hutan sehingga menyebabkan rakyat terpaksa berdepan dengan keadaan tersebut.
Selain itu, Jefri turut mempersoalkan kerajaan kerana didakwa masih tiada tindakan diambil terhadap pihak yang terlibat.
Syarikat mana yang menyebabkan kes pembakaran hutan?
Rakyat diseksa seperti ini.
Keadaan ini memberi risiko sehingga boleh menyebabkan kematian. Kalau yang membiarkan perkara ini berlaku juga orang kerajaan, kita nak mengadu kepada siapa?
Dalam pada itu, Jefri mengakui kecewa melihat orang ramai terus menjadi mangsa akibat kecuaian sesetengah pihak, selain berharap mereka yang bertanggungjawab tidak terlepas daripada tindakan.
Saya penat melihat setiap hari ada saja mangsa akibat kelalaian kerajaan dalam membuat keputusan yang tidak masuk akal. Mesti ada pihak yang bertanggungjawab.
Kalau tiada siapa yang diadili, kerajaan juga perlu diadili. Mereka manusia, bukan sekadar angka statistik.
Sumber: Threads








