
Perhubungan antara pelakon Indonesia Jefri Nichol dengan pempengaruh Ameera Khan dilihat semakin baik meskipun didakwa telah putus cinta sebelum ini.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Buat Kejutan, Terbang Ke Kuala Lumpur Demi Pujuk Ameera Khan?
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Padam Gambar Jefri Nichol & ‘Unfollow’ IG, Hubungan Cinta Sudah Berakhir?
Jefri guna ChatGPT
Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Jefri menggunakan kecerdasan AI iaitu ChatGPT untuk melihat bagaimanakah wajah anak-anak mereka.
Dalam hantaran yang sama, Jefri berkongsi foto seorang kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan yang kelihatan mirip seperti dirinya dan Ameera.
‘Kawin cepat’
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet teruja melihat hantaran tersebut dan meminta pasangan bahagia itu untuk segera mendirikan rumah tangga.
Dalam masa yang sama, mereka berkata, Jefri kali ini dilihat sangat serius dengan hubungan cintanya dan seolah-olah sudah memikirkan tentang masa depan serta anak-anak bersama Ameera.
Sumber: TikTok Jefri Nichol