

Selepas membuat pengakuan bercinta bersama pelakon Indonesia, Jefri Nichol, pempengaruh media sosial, Ameera Khan sering menerima kecaman daripada warganet.
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Puji Lakonan Sharnaaz Ahmad Dalam Filem Blood Brothers: Bara Naga – ‘Nak Jadi Gengster Seperti Ghaz’
Artikel Berkaitan: Jefri Nichol Kongsi Wajah Anak Bersama Ameera Khan Guna ChatGPT, Netizen Suruh Kahwin Cepat – ‘Akhirnya Dia Fikir Tentang Masa Depan’
Bidas komen netizen

Baru-baru ini, Ameera atau mesra disapa Little Miss Khan (LMK), 24, mendapat kecaman selepas berkongsi gambar swafoto dirinya memakai baju tidak berlengan.
Menerusi hantaran itu, Ameera juga meletak kapsyen kiasan iaitu ‘enjin lebih kuat daripada pendapat anda’.
Tidak dinafikan, perkongsian tersebut meraih perhatian warganet yang segelintirnya memilih untuk meninggalkan komen buruk terhadapnya.
Bagaimanapun, kali ini Jefri tampil membidas komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap adik kepada usahawan terkenal, Neelofa.
Meninjau ke ruangan komen, Jefri dilihat aktif membalas kecaman warganet demi membela dan mempertahankan kekasih hatinya itu.
Sebelum ini, Ameera menyorot perhatian ramai kerana secara terbuka berkongsi kisah percintaannya bersama Jefri.
Komen netizen

Sumber: Instagram





![[VIDEO] Ucapan Datuk Red Di Majlis Sanding Undang Sebak – ‘Alhamdulillah Enam Anak Hadir, Biar Pun Saya Mencari Lagi Empat Tapi Tiada’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/datuk-red.jpg)


