berita

Jelajah ASIST- MIASA Bantu Individu Lengkapkan Diri Dengan Kemahiran & Bantuan Kepada Mereka Yang Berisiko Mengakhiri Kehidupan.

September 11th, 2023 | by Azyan
Kini Trending

8 September yang lalu, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) meraikan Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 yang menghimpunkan pelbagai pihak, terdiri daripada pihak kerajaan, bukan kerajaan, dan sektor swasta yang menyumbang dalam ruang kesihatan mental.

Sambutan in bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyrakat  tentang kepentingan sokongan kesihatan mental,
mengurangkan stigma terhadap isu kesihatan mental, mencipta rangkaian sokongan yang lebih kukuh, mendorong penglibatan komuniti dalam usaha pencegahan dan juga memberi intervensi kepada individu yang berjuang dengan pemikiran ingin mengakhiri kehidupan.

Hal ini sekaligus dapat membina masyarakat yang bersifat empati dan penuh nilai kemanusiaan. Pelbagai topik dapat dibincangkan selari dengan tema global ‘Bertindak Segera Harapan Terbina’.

Di majlis itu juga pihak MIASA telah melancarkan jelajah ASIST.

Jelajah ASIST bantu individu lengkapkan diri dengan kemahiran praktikal untuk memberikan bantuan segera kepada mereka yang berisiko mengakhiri kehidupan

Jelajah negeri ASIST atau Applied Suicide Intervention Skills Training melibatkan beberapa sesi ASIST Training, di mana setiap sesi akan diadakan selama 2 hari di beberapa buah negeri antaranya Selangor, Terengganu, Perak, Johor, dan Kuala Lumpur.

Inisiatif seperti ini diharapkan dapat memberi capaian kepada masyarakat awam untuk hadir dan turut serta mempelajari kemahiran dan cara tersusun dan efektif dalam menjadi penyokong intervensi bunuh diri yang efektif.

Program ini mendapat sokongan penuh dari Yayasan Hasanah dimana Yayasan tersebut memperuntukkan sejumlah dana bagi
penubuhan Clubhouse pertama MIASA di luar Lembah Klang, iaitu Terengganu serta membiayai 10 wakil daripada MIASA untuk menjadi ‘ASIST trainer’ pada awal tahun 2023.

Harga training ini adalah seperti berikut:

Pihak LivingWorks juga memberi sokongan dengan menghantar jurulatih mereka ke Malaysia

Pihak MIASA melalui Puan Anita juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak LivingWorks, yang merupakan peneraju dalam program ASIST dan yang telah dengan sukarela menghantar jurulatih mereka ke Malaysia untuk bengkel T4T selama lima hari dalam menjadikan wakil- wakil MIASA sebagai ‘certified ASIST trainer’.

Kalau korang berminat untuk menyertai ASIST Training, boleh RSVP dekat link ni: https://bit.ly/WSPDAsist2023

“Apa yang seterusnya untuk Malaysia dalam Usaha Mencegah Bunuh Diri?”

Program Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 tersebut juga turut membincangkan topik “Apa yang seterusnya untuk Malaysia dalam Usaha Mencegah Bunuh Diri?” dimana panel yang hadir terdiri daripada Datuk (Dr) Ras Adiba Radzi, Presiden Persatuan OKU Sentral, Puan Anita Abu Bakar, Presiden dan Pengasas MIASA Pertubuhan Advokasi Kesihatan Mental Kebangsaan (NAMhA) dan Ustaz Mohd Noor Deros, Timbalan Presiden 2 MIASA.

Secara keseluruhannya, pelancaran Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia 2023 oleh MIASA diterima dengan sokongan yang memberangsangkan oleh semua yang hadir.

Diharapkan bahawa keseluruhan hari sambutan ini menjadi bukti akan kekuatan kesatuan sejagat dalam mencipta masa depan, di mana harapan dan tindakan boleh bersama-sama menyelamatkan nyawa dan menentang bunuh diri.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×