berita

Jelas Nampak Baby Bump! Rihanna Hamil Anak Kekasih?

February 1st, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, viral desas desus yang mengatakan pelantun suara ‘Umbrella’ iaitu Rihanna sedang hamil anak pertamanya bersama rapper, A$AP Rocky.

Terbaru, penyanyi tersebut memuat naik beberapa foto yang menampakkan ‘baby bump’nya di media sosial. Wow tahniah!

Mesra dan bahagia

Berita kehamilan penyanyi berusia 33 tahun itu viral selepas foto mesranya bersama kekasih hati, A$AP Rocky viral di media sosial. Bukan itu sahaja, syarikat media Elle turut melaporkan berita gembira tersebut kepada umum. Difahamkan, Rihanna dan kekasihnya itu sedang bercuti di New York. Ketika bercuti, Rihanna dilihat sengaja memperagakan sebuah jaket bewarna merah jambu yang panjang. Lebih mencuri tumpuan, Rihanna turut membuka kancing bawah jaket tersebut sambil memperlihatkan perutnya yang semakin membesar.

Selain isu ‘baby bump’, hubungan mesra pasangan ini turut mencuri tumpuan netizen. Terdapat beberapa foto yang jelas menunjukkan A$AP Rocky mencium kening Rihanna sewaktu percutian tersebut. Terdahulu, rata-rata netizen menyatakan bahawa Rihanna sudah berbadan dua sejak beberapa bulan yang lalu. Ini kerana, busana yang dipakai olehnya ketika menghadiri upacara di Bridgetown tempoh hari jelas menunjukkan ‘baby bump’. Namun, spekulasi tersebut terhenti seketika apabila Rihanna tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.

Peminat tak sabar

Di Twitter, rata-rata peminat Rihanna dan A$AP Rocky meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat wajah anak pasangan tersebut. Ujar peminat, mereka mahu Rihanna kerap memuat naik foto mengenai perkembangan dirinya dan bayi di media sosial selepas ini. Terdahulu, Rihanna dikatakan pernah bercinta dengan Hassan Jameel jejaka dari Arab Saudi selama tiga tahun. Namun, hubungan mereka telah putus pada Januari 2020. Selepas itu, penyanyi ini dipercayai menjalin hubungan cinta dengan A$AP Rocky pada bulan November 2020 sehinggalah sekarang.

Sumber: Elle

SKIP THIS AD ×