berita

Jemaah Umrah DIY Berisiko Dicekup Pihak Berkuasa Arab Saudi

February 2nd, 2019 | by faris
Isu & Kontroversi

Menjejakkan kaki ke Tanah Haram menjadi impian kebanyakan Muslim sekaligus menjadi tetamu Allah dan beribadat serta melihat Kaabah di depan mata.

Dengan perkembangan jaringan maklumat di Internet, ada segelintir Muslim yang merancang umrah secara sendiri atau do-it-yoursef (DIY) dan bukan menerusi agensi umrah bertauliah. Namun sejauh mana kelancarannya?

Jemaah perlu dapatkan visa dari agensi berdaftar

Kerajaan menyeru rakyat negara ini untuk tidak meneruskan rancangan umrah secara sendiri kerana berdepan risiko ditahan pihak berkuasa Arab Saudi.

Ketua Setiausaha Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Rashidi Hasbullah, berkata demikian ketika memberi penjelasan berhubung isu membabitkan E-Umrah.

Saya mahu jelaskan bahawa rakyat Malaysia yang mahu mengerjakan umrah perlu mendapatkan visa daripada agensi pelancongan berdaftar dengan kementerian, dan disahkan sebagai rakan muassasah kepada Kedutaan Arab Saudi.

Tolong jangan lakukan perancangan mengerjakan umrah DIY (secara sendiri) kerana kamu boleh ditangkap oleh pihak berkuasa Arab Saudi jika tidak mengikut prosedur.

Boleh mohon e-Umrah tapi perlu ikut panduan lain

Menurut Rashidi, walaupun umat Islam yang ingin menunaikan ibadat umrah boleh memohon untuk perjalanan umrah secara dalam talian menerusi E-Umrah, namun mereka tidak boleh mengabaikan keperluan lain.

Saya tahu, kita menganggap lebih mudah berurusan secara dalam talian, maka kita tidak perlu lagi berurusan dengan agensi pelancongan berdaftar.

Rakyat Malaysia perlu mematuhi garis panduan sedia ada dan menerusi saluran yang betul.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×