berita

Jemput Anggota Masuk Makan Juadah Raya, Bekas Pegawai Polis Disiasat

May 16th, 2021 | by Amat
Kini Trending

Sebelum ini, viral sekeping gambar yang didakwa dikongsikan oleh bekas pegawai kanan polis memperlihatkan beberapa anggota polis menikmati jamuan hari raya di rumahnya pada Hari Raya Aidilfitri, baru-baru ini. Perkara itu bagaimanapun telah mencetus kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat terhadap anggota polis yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP).

RM10k boleh dikenakan ke atas pemilik rumah

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam iaitu Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib telah menerima satu laporan terhadap insiden berkenaan susulan foto itu tersebar di platform Facebook dan Twitter.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 17 P.U (A) 225/2021 kerana melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Jika sabit kesalahan kompaun RM10,000 boleh dikenakan ke atas pemilik rumah dan RM2,000 ke atas pengunjung. Kertas siasatan akan dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya dalam kadar segera.

Pasukan peronda yang menyelia dan memantau SOP menjenguk rumah kami untuk membuat pemeriksaan. Mereka dapati anak-anak yang tinggal dalam daerah ini juga balik dari semalam lagi.

Bekas Timbalan Pengarah di Bukit Aman itu bagaimanapun menjelaskan situasi sebenar dengan mempelawa anggota polis berkenaan masuk ke dalam rumah dan menikmati juadah Hari Raya selepas mereka menjengok terdapat enam buah kenderaan di hadapan rumah itu.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×