berita

Jemput Penari Pondan Buat Persembahan Di Rumah Terbuka, Instafamous Kena Cekup

May 30th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Gara-gara menempah sekumpulan penari pondan bagi sambutan rumah terbuka Aidilfitri di Centralwalk I-City, seorang instafamous dicekup, semalam.

Tarian separuh bogel

Menerusi laporan Kosmo, suspek yang dikenali sebagai Cik Lala ditangkap selepas pihak polis menerima laporan daripada pengurus Badan Pengurusan Bersama (JMB) apartmen berhampiran berhubung insiden tarian separuh bogel penari pondan dan pembakaran bunga api. Bukan itu sahaja, insiden tidak bertanggungjawab tersebut turut viral di aplikasi TikTok.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim, kejadian tersebut berlaku antara pukul 8 hingga 11.30 malam pada hari Jumaat yang lalu. Tambah beliau, sekumpulan pondan telah membuat tarian separuh bogel diikuti dengan muzik yang kuat serta terdapat pembakaran bunga api di kawasan awam berhampiran rumah penduduk.

Penganjur program itu dikenali dengan panggilan Cik Lala telah menyewa unit berkenaan pada harga RM4,000.Ini adalah bagi majlis hari raya dengan mempunyai jemputan kira-kira 50 orang kenalannya.

Ujar beliau lagi, tarian oleh penari pondan separuh bogel dan pembakaran bunga api tersebut dianjur oleh suspek. Mohd Iqbal turut berkata majlis tersebut telah menjatuhkan imej I-City sebagai salah satu tarikan pelancong di Selangor.

Suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 6 Akta Bahan Letupan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sumber: Kosmo

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×