berita

Jenama Import, Promosi Bulan Ogos & Banyak Lagi Di Magicboo Sempena Kempen “New Us, New U”

August 13th, 2020 | by Aimi Raihana Mudzakir
Shout Out!

Magicboo dah baru wei, jom pergi!

Sebelum ni korang pernah shopping kat Magicboo tak? Kalau belum, korang patut cuba sekali dan kami pasti bila korang dah datang sekali, mesti korang akan repeat. Banyak produk penjagaan diri dijual dengan harga berbaloi di sini tau. Jenama pulak diimport dari luar negara. Siapa tak nak oi!

Untuk pengetahuan korang, Magicboo antara peneraju utama beauty hypermarkets di Malaysia dan Singapura. Boleh dikatakan ramai perempuan suka shopping kat sini. Dengar cerita, ada berita terbaru tentang Magicboo. Berita apa agaknya?

“New Us, New U” – Penampilan terbaru Magicboo & Ruhainies sebagai dutanya!

Magicboo sekarang dah berwajah baru tau! Dengan tagline terbaru mereka, “New Us, New U”Magicboo membuat pembaharuan dari segi perkhidmatan, produk, promosi, jenama dan lain-lain. Cuba teka siapa yang dipilih menjadi duta mereka? Tak lain dan tak bukan…

Ruhainies yang sentiasa tampil comel di kaca televisyen! Tipu la siapa yang tak kenal pelakon wanita Malaysia yang manis ni. Dengan Ruhainies, kami yakin impian Magicboo untuk merealisasikan “New Us, New U” akan berjaya memberi feeling baru untuk korang.

Dah tahu Ruhainies jadi duta Magicboo, korang makin terpengaruh la kan? Lebih-lebih lagi bila dapat tahu Magicboo ada promosi istimewa pada bulan Ogos ni. Syoknya..

Rebut promosi gempak sempena “New Us, New U” magical deal pada bulan Ogos [2 – 31 Ogos 2020]

Apa yang misteri tentang “New Us, New U”? Mempunyai sejarah dalam 19 tahun, Magicboo dah jadi peneraju utama bidang kecantikan di Malaysia dan Singapura. Hebat kan?

Sempena “New Us, New U”, Magicboo menampilkan 26 jenama luar negara, malah mereka menyediakan lebih 6000 jenis produk kecantikan dan rambut. Member korang yang suka shopping produk kecantikan mesti tergoda punya!

Kat sini kami senaraikan 6 jenama luar negara paling TOP yang ada di Magicboo. Pilih baik-baik. Korang kena tengok sampai habis. Kalau tak, rugi nanti! Jom terjah..

TOP 1 – Be Pure

Rambut sangat penting dalam penampilan. Setuju tak? Tapi kalau rambut berminyak, nak keluar rumah dengan pasangan pun malu. Nak temu janji pun tak syok. Sebab tu korang kena cepat dapatkan Be Pure, siri penjagaan rambut yang organik. Produk ni 100% buatan Itali!

Ada 6 jenis siri penjagaan rambut dalam Be Pure, termasuk penggunaan umum, perlindungan warna, anti gugur, menyihat dan detoksifikasi. Kapasiti pun besar. Rata-rata yang pernah menggunakannya sangat puas hati.

Dalam banyak-banyak, siri detoks paling laris terjual. Walapun korang cuci rambut setiap hari, korang mungkin tak cuci kulit kepala korang dengan sempurna. Jadi, jom detoksifikasi kulit kepala sama-sama dengan Be Pure!

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM80.30 je!

Nak beli Be Pure? Klik sini.

TOP 2 – Skindom

Kalau korang seorang yang pakar dalam bidang kecantikan, korang mesti pernah dengan nama jenama ni, iaitu Skindom dari Korea!

Skindom merupakan jenama penjagaan kulit pada tahap kecantikan perubatan Korea. Ia mengutamakan “penjagaan kulit semula jadi dalam kelembapan kulit” sebagai nilai penting dalam jenama mereka. Dengan formula semula jadi dan ramuan berharga dari seluruh dunia dalam sains dan teknologi, ia adalah jenama profesional estetik yang banyak digunakan di salun kecantikan.

Produk penjagaan kulit yang berkualiti bukan hanya eksklusif di salun kecantikan je. Korang pun boleh dapatkannya segera! Produk Skindom yang ada termasuk la pencuci muka, toner, krim mata, mask, serum, pelembap dan banyak lagi!

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM6.70 je!

Nak beli Skindom? Klik sini.

TOP 3 – Eco Clean

Budak-budak pun boleh guna produk penjagaan rumah ni. Tangan atau kulit korang takkan cedera, malah tangan jadi lagi lembut. Produk apa yang hebat sangat ni? Itu la Eco Clean dari Denmark!

Eco Clean adalah product 100% Vegan dan semula jadi, kaya dengan bahan organik, minyak pati dan ekstrak tumbuhan organik. Ia tidak mempunyai petrokimia, pigmen, enzim, dan percubaan haiwan. Ia juga telah memperoleh sijil perlindungan alam sekitar semula jadi organik Eropah EcoCert. Produknya termasuk cecair pencuci pinggan, pembersih tandas, pembersih dapur dan banyak lagi.

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM14.90 je!

Nak beli Eco Clean? Klik sini.

TOP 4 – Hello Nature

Hello Nature! Dengar nama pun, korang dah boleh rasa nature tu kan? Kalau korang nak tahu, ramuan produknya juga semula jadi tau!

Ramai yang suka Hello Nature dari Eropah ni kerana mempunyai perakuan hingga 95% bahan semula jadi. Tak kira la rambut atau badan, ia dapat memberi rawatan menyeluruh! Korang yang pentingkan penjagaan diri tak boleh terlepas untuk dapatkan siri ni. Produk yang ada antaranya syampu, hair mask, gel mandi, losyen badan dan lain-lain. Banyak pilihan!

Siri produk Hello Nature ni terbahagi kepada 5 bahan utama, iaitu minyak kelapa, minyak acai, minyak marula, minyak argan dan kaviar berlian hitam. Tapi korang boleh nikmati ramuan berkualiti tinggi tersebut dengan harga berbaloi.

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM23.90 je!

Nak beli Hello Nature? Klik sini.

TOP 5 – Dicora Urban Fit

Dicora Urban Fit, jenama penjagaan diri dari Sepanyol ni popular jugak. Produk ni merangkumi penjagaan rambut, badan, dan pembersih tangan. Takde kandungan Paraben dan Silikon langsung.

Paling syok, Dicora Urban Fit kaya dengan vitamin dan mempunyai nilai PH yang sangat mesra kulit. Selain mengeluarkan wangian, ia juga membaiki dan membersih kulit. Ramai yang puji lepas menggunakannya. Korang pun patut cuba!

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM14.90 je!

Nak beli Dicora Urban Fit? Klik sini.

TOP 6 – BYPHASSE

Korang patut dapatkan Byphasse yang berasal dari Sepanyol dan mempunyai pengalaman kecantikan selama 20 tahun.

Byphasse adalah jenama fesyen yang ditafsirkan sebagai jenama yang “cantik dan tidak mahal”. Girls yang suka makeup kena rebut produk ni sebab makeup removal mereka sangat mudah dipakai!

Geram bila tengok Byphasse ada makeup removal 4 dalam 1 miksel, bebas alkohol, bebas sabun dan bebas paraben. Ia mempunyai 95% formula yang mengandungi bahan semula jadi dan dibuat dengan menggunakan teknologi canggih.

Untuk pengetahuan korang, zarah aktif molekul ultra kecil ini  dapat menghilangkan solekan di wajah, mata dan bibir tanpa menyebabkan iritasi pada kulit dengan mudah. Harga asal RM59.90, sekarang dalam Magical Deal hanya RM35.90!

Byphasse juga mempunyai makeup removal tissue, air mawar, gel mandi, losyen badan dan banyak lagi.

Lepas diskaun, harga produk bermula dari RM20 je!

Nak beli Byphasse? Klik sini.

MAGICBOO MAGICAL DEALS

Tarikh: 2 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020
Lokasi: semua outlet, Magicboo Online, Shopee & Lazada

Banyak gila jenama kecantikan import yang berkualiti tinggi di Magicboo. Tunggu apa lagi? Jom shopping!

SKIP THIS AD ×