berita

Jenama Pakaian Trendy Dari Korea Selatan, MLB Brand Membuka Kedai Pertama Mereka di Malaysia!

January 13th, 2023 | by Aliff Haikal
Kini Trending

Sejak kebelakangan ini, latar belakang fesyen negara semakin berkembang dan menjadi lebih trendy berbanding tahun sebelum ni. Korang pasti nampak pelbagai gaya serta trend yang kerap kali muncul di timeline media sosial. Soalan lazim bermain di fikiran korang seperti ‘kat mana nak cari pakaian trendy seperti ini?’

Haa.. admin ada berita baik untuk korang semua tau! Jom baca artikel ini untuk mengetahui salah satu jenama yang hangat dan trendy di Asia!

Menggabungkan gaya fesyen premium dengan gaya hidup unik!

Sumber gambar: Siam Hop

Kalau korang nak tahu, MLB Brand ini merupakan sebuah jenama yang menggabungkan fesyen premium dan gaya trendy bagi mereka yang menginginkan gaya hidup yang unik tau!

MLB Brand dimiliki oleh Kumpulan F&F dan membuka kedai pertamanya di Korea pada tahun 1997. Pada masa kini, MLB Brand telah membuka lebih 650 buah kedai serata Asia termasuklah di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, Singapura dan Malaysia!

Haa… korang yang ingin mengubah gaya hidup korang boleh mula kunjungi MLB Brand kerana mereka memasarkan kepada pelanggan yang ingin maju ke hadapan, menyukai muzik, tarian, fesyen bagi mengekspresikan diri serta meningkatkan keyakinan dan keunikan korang tau!

Korang inginkan gaya seperti artis kpop? Artis rap? Ataupun ingin mencari identiti sendiri, MLB Brand sedia membantu!

Sumber gambar: allkpop

Admin memang teruja bila dapat tahu jenama MLB ini menawarkan pelbagai gaya yang komprehensif dan lengkap yang terdiri daripada pakaian, topi, kasut dan aksesori untuk lelaki dan wanita tau. Setiap koleksi mereka mengambil inspirasi daripada pasukan besbol terkenal dari Amerika Syarikat dengan menggabungkan gaya fesyen utiliti.

Haa.. untuk peminat artis kpop pasti mengenali ahli kumpulan ‘Aespa’ terdiri daripada GISELLE, KARINA, NINGNING dan WINTER yang dapat dilihat sering kali menggayakan jenama MLB seakan-akan memberi nafas baru dalam landskap fesyen dengan gaya kemewahan tersendiri.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Jenama MLB menawarkan pelbagai corak serta ‘paisley’, ‘checkerboard’, ‘quilted’, ‘cube monograms’ pada topi mereka tau! Jenama MLB turut menawarkan lebih daripada 300 gaya klasik dan trendy sepanjang tahun menjadikan mereka syurga buat peminat topi dan peminat fesyen di negara.

Pakaian gaya premium tanpa menipiskan poket korang? Seronoknya!

Sumber gambar: MLB Global

Haa.. mesti korang nak tahu harga pakaian dari jenama premium seperti MLB ini kan? Harga pakaian bermula antara RM230 sehingga RM990. Topi jenama MLB bermula antara RM190 sehingga RM360.

Manakala untuk kasut serta aksesori dijual antara RM290 sehingga RM990. So.. korang tunggu apa lagi? Jom kita membeli belah di jenama MLB!

200 Pelanggan Pertama berpeluang untuk menangi hadiah eksklusif daripada jenama MLB? Biar Betul!

Korang tahu tak, Jenama MLB akan memberikan hadiah eksklusif kepada 200 pelanggan pertama pada Hari Pembukaan mereka di IOI City Mall pada 14 Januari 2023 (Sabtu) pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengah hari tau! Korang juga berpeluang untuk menerima voucher sebanyak RM20 dan ‘stickers’ jenama MLB.

Bukan itu sahaja, untuk 50 pelanggan pertama, korang akan menerima Gift Box daripada Jenama MLB! Haa.. tapi korang perlu ikuti langkah di bawah ini bagi memastikan korang layak untuk menangi hadiah eksklusif ini tau!

  1. Korang perlu mengambil gambar di kedai jenama MLB sambil melakukan pose yang menarik!
  2. Muat turun gambar di aplikasi Instagram, ikuti dan tag @mlb.kr.malaysia dan sertakan hashtag #MLBMalaysia dalam caption gambar korang!

Jenama MLB juga akan memilih gambar terbaik tau dan pemenang akan menerima sebuah topi eksklusif daripada MLB. Haa korang tunggu apa lagi? Jom kita kunjungi MLB di IOI City Mall dan korang boleh tekan link ini untuk mendapat maklumat serta melihat koleksi terbaru daripada MLB.

 

SKIP THIS AD ×