
Jenazah anak kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ukay Perdana pada 10.40 pagi Selasa.
Artikel Berkaitan: Anak Sulung Amyza Aznan Meninggal Dunia
Selamat dikebumi

Majlis pengebumian berlangsung dalam suasana tenang dan penuh hiba dengan kehadiran kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara-mara serta rakan selebriti yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Turut kelihatan sahabat-sahabat arwah sejak kecil dan rakan persekolahan juga yang hadir menziarahi buat kali terakhir.
Antara selebriti yang hadir termasuklah Norman Hakim, Memey Suhaiza, Zed Zaidi, Didie Alias, Shah Jazsle, Datuk Fizz Fairuz dan ramai lagi.
Terdahulu, jenazah Allahyarham dimandikan dan disolatkan di Masjid Al Khairiah, Keramat AU 3, Kuala Lumpur sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur pada jam 10.15 malam Isnin akibat kanser paru-paru.








